Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Wednesday, June 29, 2011

Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan..
Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba..
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam..
Tetapi usahlah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan
yang belum pasti untuk selama-lamanya...

::Ayuh! Persiapkan Diri dan Iman!::

Pernah tak kita terfikir? Jika kita boleh bersedia sebulan
sebelum Syawal untuk menyambut hari raya aidilfitri,
kenapa kita tidak melakukan perkara yang sama untuk
menyambut bulan yang penuh barakhah iaitu
Ramadhan Al-Mubarak?

Rejab dah sampai di penghujungnya...
Sya'aban pula bakal menggantikannya..
Sebulan berlalu Ramadhan pula menjelma..

Buatlah persiapan diri dan iman sebaik-baiknya..
Agar Ramadhan tahun ini yang bakal tiba adalah ramadhan
yang paling sempurna dan bermakna buat kita..

Perbanyakkanlah berpuasa, bersedekah, berzikir, membaca Al-Quran
dan sebagainya pada bulan rejab dan sya'aban ini.Kerana bulan2 inilah
menjadi platform untuk kita melatih diri dengan amal kebaikan untuk
kita bawa ke bulan Ramadhan..

Walaupun kita telah melangkah ke 27 Rejab, namun tiada
istilah terlambat untuk kita segera melakukan segala kebaikan..

Rasulullah SAW bersabda,: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan Allah,
dan Sya’ban adalah bulanku, serta Ramadhan adalah bulan ummatku.”

Allahumma baariklana fii rajaba wa sya'bana wa ballighna fii ramadhan.
(Ya Allah berilah kami berkah di bulan rejab da sy'aban dan sampaikanlah
kami pada bulan Ramadhan). Amin..


Tuesday, June 28, 2011

::Laplah Air Mata Itu::


Sedih..
Air mata mengalir di pipi..
mengenangkan nasib diri...
hari berganti hari..
namun,diri ini masih sendiri..
Menghadapi segalanya seorang diri..
Tiada teman,tiada yang dapat menemani..
Hanya air mata menjadi peneman diri..
Aku sunyi..............

Namun,aku tahu aku perlu tabahkan hati..
Aku perlu kuatkan diri..
Sembunyikan segala kesedihan yang bersarang di hati..
Aku tidak mahu merisaukan dan menyusahkan sesiapa lagi..
Biarlah aku sendiri,menghadapi segalanya sendiri...

Tetapi..........
Aku masih ada yang lebih berharga dalam hidup ini..
Yang sentiasa menguatkan aku dikala kesedihan mengunjungi diri..
Allah Tuhanku yang sentiasa menjadi tempatku mengadu akan diri..
Dikala senang mahupun susah, Dia sentiasa menemani..
Al-Quran menjadi teman setiaku ke sana-sini..
Zikrullah penawar duka di hati yang sepi..

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia burukbagi kamu.
dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang
kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)

"Kesedihan itu bakal beroleh kegembiraan bila kita menyelak erti syukur
atas rasa kesedihan yang kita alami.Selaklah dengan penuh teliti dan redha
kerana mungkin tanpa kesedihan, kita tidak akan bertemu kegembiraan."

Monday, June 27, 2011

::Pertolonganmu Amat Bermakna Bagiku::


Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa berusaha menolong keperluan saudaranya hingga terpenuhi atau tidak terpenuhi,maka Allah mengampuni dosanya yang terdahulu dan yang kemudian serta menulis untuknya dua keselamatan; selamat dari neraka dan selamat dari kemunafikan."

Something situation yang kelam-kabut berlaku pada hari ni (27Jun2011)
Kepada semua yang membantu,terima kasih banyak2..
Jasa kalian amatlah dihargai..
Walaupun hasilnya tiada namun yang paling penting niat ikhlas membantu..
Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik kalian..
Maafkan ye kerana menimbulkan suasana yang kurang senang kepada semua..
Dah buat semua orag kelam-kabut,dah datangkan masalah pada orang lain..
Dalam masa setengah jam,macam2 boleh terjadikan..
Setiap yang berlaku,tak kan berlaku kecuali dengan izin Allah.
Inilah tarbiyah Allah buatku dan insan di sekelilingku..
Alhamdulillah..

Buat diriku......................
Jangan takut,Allah sentiasa bersama mu..
Mintalah pertolongan padaNya kerana Dia ada segala-galanya..
Dia takkan biarkan hamba-hambaNya
terumbang-ambing keseorangan selamanya..
Jika Dia buntukan kamu itu hanyalah sementara..
Dia pasti akan tolong kamu juga akhirnya..
Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saturday, June 25, 2011

::Perjalanan Hidup::


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi
ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Dengan semangat yang ada insya Allah kejayaan pasti dikecapi.
Janganlah direnungi letihnya usaha tetapi renunglah manisnya
sebuah kejayaan. Teruskanlah mencari kejayaan dunia&akhirat!

Wednesday, June 8, 2011

::Rezeki::


Jadilah seperti burung-burung yang berkicauan mencari rezeki di seluruh alam
dan YAKINlah bahawa rezki kita telah ditetapkan olehNYA.


"Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Sungguh,pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman." (30:37)

"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki.Sungguh Dia Maha teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha melihat. (42:27)

Ucaplah "Ya Wahab" , "Ya Razak"