Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang
serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
Bacalah al-Quran,tatapilah buku-buku ilmiah,pergilah ke
Bacalah al-Quran,tatapilah buku-buku ilmiah,pergilah ke
majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah
membuang dalam perkara yang tiada memberi faedah.
Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana
bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun
kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa
jua kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang
berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh
dalam setiap perkara.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang n
yaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti
hati orang.
Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap
melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui
dan berkasih-sayanglah sesama mukmin .
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang
ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-
baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
No comments:
Post a Comment