Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Thursday, August 25, 2011

::Takde Tajuk::

Alhamdulillah...2.29pm slip gaji pertama berada di tangan ana.Kepada pemberi hutang yang baik hati yang sanggup tolong ana time ana perlukan duit, sila tuntut wang anda pada ana ye..Insya Allah ana akan langsaikan hutang-hutang ana.hutang PTPTN??huhuhu

Rasulullah SAW bersabda," Barangsiapa berhutang sesuatu kepada seorang dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan tunaikan niat, tetapi barangsiapa mengambilnya dengan niat tidak mahu membayar maka Allah akan membinasakannya." (HR Bukhari)

"Roh orang mukmin yang mati itu, akan tergantung tidak ke mana sehingga dibayar hutangnya di atas dunia ini." (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Selain bayar hutang, ana nak bagi mak dan ayah. my sibling pun insya Allah ada partnya.Tapi tak dapat bagi banyaklah ye. Berapa sangatlah gaji ana kan.hihi..Lepas tu nak bayar sewa bilik dan tolak duit minyak. Rasa2nya tinggal berapa ye?Peringatan untuk diri ana, bersyukurlah apa yang ada..=)

Hari ni dah ramai start bercuti..Esok xde sape datang office dah. Ana nak g office ke esok?Ermmm....Bestnya, kebanyakkan orang dah balik kampung.dah mood rayalah katakan.Tapi tahun ni ana tak rasa pun macam nak raya.Rasa biasa je.Baju raya pun takde lagi.Buat yang pulang ke kampung halaman, semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Buat yang memandu kenderaan, berhati-hati di jalan raya. Lebih-lebih lagi di musim perayaan ni. Pandu cermat jiwa selamat.Insya Allah..


p/s: Entry kali ni 'Takde tajuk' sebab ana tak tau nak bagi tajuk apa.Hehehe...

Wednesday, August 24, 2011

::Hari ini 24 Ramadhan::

9:40pm..
Alhamdulillah..Ana baru je sampai bilik setelah balik dari Ampang.. Buat apa kat ampang Actually, ana pergi berbuka puasa kat rumah my aunty(Cikli).. Yela, dah duduk dekat2 kan.sekali sekala tu kenalah ziarah saudara-mara.. Nenek ana (wan) pun ada sekali..So, dapatla jugak borak2 hilangkan bosan duduk sorng2 di perantauan.huhuhu...Bila jarang jumpa, macam2 cerita yang diceritakan..sampailah satu part ni kurang 5 minit nak berbuka puasa, tiba2 je wan ana cakap, tahun lepas akak kawen, tahun depan kakde pulak..terkezuttt ana tiba2 wan cakap macam tu.Wan cakap saja2 je.wan saja teka2 je.ana pun amiinn kan jela.wan pun amiinn kan jugak.hehehe.

Sampai2 je kat bilik ana terus bukak laptop, pasang bacaan ayat2 suci al-quran untuk menjadi teman tidur ana sat lagi.Tenangnya hati .alhamdulillah..Tapi sebelum tidur sempat lagi ana singgah kat blog kawan2..sampaila kat satu blog ni (http://bagusnyadia.blogspot.com/) tiba2 happy.Kenapa?sebabnya ana adalah pengunjung ke 1614!!Wah, i like that number!hehehe..

Oh ya, malam ni merupakan malam ke-25 ramadhan..tinggal beberapa hari je lagi ramadhan bakal meninggalkan kita kan..Semoga segala amalan kita diredhai, diberkati dan diterima olehNya. Insyaallah..dan teruskan mencari LailatulQadr ye.Teruskan beramal....

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda,"Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (HR Bukhari)

Sunday, August 21, 2011

::Punca Rezeki::


"..Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (65: 2-3)
Cara menambahkan rezeki:
1) Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2) Memperbanyakkan istigfar
3) Mengamalkan bacaan Surah Al-Waqi'ah
4) Solat dhuha
5) Menjalinkan silaturrahim
6) Menyayangi dan memberi makan kpd haiwan
7) Mengeluarkan zakat
8) Bersedekah
9) Sentiasa bersyukur
10) Memperbanyakkan doa
11) Meninggalkan dosa-dosa
12) Menghormati dan berbakti kpd ibu bapa
13) Berikhtiar sehabis baik

Saturday, August 20, 2011

::Mengimbau 13 tahun yang lalu::

video

Tanggal 20 Ogos,ana happy semacam,xseperti hari2 yang lain.Asyik benar ana bergelak ketawa dan bergurau senda dengan kawan2 sewaktu dalam perjalanan dari perpustakaan ke kelas 5 Anggerik, SK Jalan Datuk Palembang. Sesampai je di kelas ustazah dah bersedia untuk mengajar subjek Pendidikan Islam. Ana yang duduk di belakang sekali dan baru sahaja ingin keluarkan buku teks, tiba2 dikejutkan dengan kehadiran ayah ana yang merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama dengan tempat ana bersekolah. "Husna, ayah awak datang." Kata kawan2 ana. Ana pun happyla sebab ayah datang walaupun tak tahu apa tujuannya. Ketika itu, kelihatan ayah sedang bercakap sesuatu dengan ustazah dan tidak beberapa lama selepas itu, ustazah memanggilku,"Husna, kemas barang2 awak , ayah awak suruh balik." Terpinga-pinga ana ketika tu. Ayah yang kelihatan sunggul berlalu keluar dari kelas. Sempat ana bertanya pada ustazah kenapa ayah suruh balik. Ustazah pun bagitahu yang abang ana excident. masuk hospital. Ana pun tanya lagi,abang yang mana satu. Ustazah cakap ayah bagitahu abang yang sekolah teknik kat alor gajah tu. Ya Allah.Angah!! ana yang tiba2 merasakan dunia ni seakan-akan kosong, membesarkan langkah menuju ke kereta ayah. Sesampai je di kereta, kelihatan kakak dan adik ana telah pun berada di dalam kereta dan tak lama lepas tu ayah pula tiba. "Ayah, macam mana keadaan angah?" "Doktor kata harapan tipis,sekarang kat ICU." Ya Allah, hanya Allah yang tahu perasaan ana ketika itu..........

Di wad lelaki...
Kelihatan emak ana yang sengaja menyembunyikan perasaan sedihnya kerana taknak kami iaitu anak2nya risau,berada di sisi angah. Emak kemudian menghulurkan surah Yasin kepada kami lantas kami pun terus membacanya.Ana cuba menahan air mata melihat keadaan angah ketika itu. Angah koma!Namun begitu, wajahnya tenang sangat seolah-olah tiada apa2 yang berlaku padanya. Ana pegang kaki angah, sejuk....

Azan zohor berkumandang...
Emak suruh ana dan adik-beradik yang lain balik rumah dulu. Tukar baju sekolah, rehat, makan,dan solat. Berat hati ana nak meninggalkan angah, tapi terpaksa juga akur dengan suruhan mak. Ayah bawa kami pulang ke rumah. Selesai saja solat dll, saudara-mara mula bertandang ke rumah ana. Kelihatan mak ana pun ada sama. Mak kelihatan lemah sangat ketika tu. Siapalah yang tak sedihkan.Tak sangka perkara ni berlaku pada keluarga kami.Angah seorang abang yang baik, penyayang, ringan tulang, suka masakkan untuk adik2nya. Semua orang sayangkan angah. Angah selalu jemput ana balik dari sekolah agama petang.Sampaikan kawan-kawan ana pun dah kenal angah.Angah suka tolong ana buat kerja sekolah. Beberapa hari sebelum kejadian, angah sempat lukiskan ana wajah seorang wanita yang dilukis mengikut cover depan sebuah novel.Banyak pula ana komen, merungut sana-sini. Sedangkan lukisan tu sebuah lukisan yang sangat cantik! Kawan2 ana pun puji.Sebenarnya tu adalah homework seni ana..huhu.Ana lihat, mak kelihatan tidak lalu makan walaupun dipaksa oleh mak sedara ana untuk menjamah makanan. hanya beberapa butir nasi saja yang mak suapkan di dalam mulut. Air mata mak akhirnya jatuh juga ke pipi..

Konvoi ke hospital besar melaka...
Ayah, mak dan saudara mara yang baru datang bergerak menuju ke hospital dengan beberapa buah kereta.Ana yang ingin turut serta ketika itu, tidak dapat ikut kerana kereta penuh. Sedih sangat. Tak lama lepas tu ana tertidur.Ana bermimpi.....kelihatan satu kelompok cahaya putih bersinar menyinari mata ana dan satu suara kedengaran."Angah akan mati pagi nanti.' Ana terus terjaga daripada tidur.Hati ana keluh kesah.Ana tak bagi tahu sesiapa pun tentang mimpi tersebut. Ana duduk seorang diri di halaman rumah,hanya Allah yang ana ingat ketika itu. Bibir ana, hati ana semuanya berzikir dan berdoa kapada Allah.Takut mimpi menjadi kenyataan! Pada malam sebelum kejadian, lbh kurang pukul 12 mlm ana lihat angah duduk seorang diri merenung ke langit.Senyap..Sunyi..Dan di pagi hari sebelum kejadian pula, ana bangun sebelum subuh dan kejutkan angah..Biasanya angah bangun awal daripada ana, tapi hari tu angan kelihatan macam berat je nak bangun..Sebenarnya banyak lagi kisah ana bersama angah beberapa hari sebelum peristiwa pahit ini berlaku..

Petang kejadian...
Abang ana membawa baju sekolah angah yang dipenuhi dengan darah ke rumah.Abang rendamkan dalam sebuah besen yang berisi air. Air yang mulanya putih bertukar menjadi merah.Sedih hati ana melihatnya. Ana hanya mampu memandang..

Di sepertiga malam jumaat 21 Ogos..
Abang mencari selimut untuk di bawa ke hospital. Mesti angah sejuk sangat ketika tu kan.Ring..ring..sebaik sahaja panggilan dijawab oleh saudara ana, ana seakan tidak percaya. Angah dah meninggal dunia! Mengalir laju air mata ana.ana sedih...

#Kejadian ini berlaku 13 tahun yang lalu iaitu pada 20 Ogos 2008. Angah ana, Khairil Bin Md Yusof terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki peperiksaan percubaan SPM. Angah seorang anak,abg, sahabat, pelajar yang sangat baik. Ana rindu angah...........Semoga kita bertemu semula di sana. Ya Allah, tempatkan angah di kalangan orang2 yang beriman dan masukkanlah dia ke dalam syurgaMu Ya Allah. AL-FATEHAH.

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati..." (3:185)

::Tawaran Hebat!Pencarian Bermula::


TAWARAN HEBAT!!Hidupkan 1 malam, dapat pahala beribadah 1000 bulan!Tawaran ini sah utk 1 malam sahaja daripada 10 akhir Ramadhan.Jom cari malam ni!Semoga Allah memberkati usaha kita..

TAWARAN HEBAT!!Promosi hari raya.Beli satu percuma satu!Sah sehingga akhir ramadhan ini sahaja. Jom shopping raya.Jangan lepaskan peluang ini..

Which one we prefer to choose?Dugaan iman dan ibadah semakin kuat di penghujung Ramadhan.Shopping complex semakin kerap memanggil-manggil dengan alunan lagu raya yang bertubi-tubi. Tiada salahnya nak membuat persiapan hari raya, tapi pastikan nafsu tidak menguasai kita. Jangan biarkan masa yang ada berlalu begitu saja. Isilah baki Ramadhan yang tinggal ini dengan kemanisan ibadah.Jom,gandakan amalan di akhir Ramadhan!

"Sesungguhnya, Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 akhir Ramadhan, Baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam ibadah) dan uzlah dari isteri-isterinya."

Tuesday, August 16, 2011

::Masak memasak::

Minggu lepas ana balik rumah. Hari Khamis dah balik. Ada 'special date'..'Selamat tinggal kerja, saya datang wahai rumahku syurgaku' hehe..Semua orang suka balik rumah.Betul tak? Bila balik je, rumah pun jadi meriah..Meriah berborak..meriah memasak..dan semuanya terasa meriah..

Kat rumah hari tu ana sempat sediakan satu menu yang ana sendiri tak pernah buat sebelum ni..Mak ana yang ajar. Menunya simple je.semua orang boleh buat..Tak percaya?Jom kita tengok bahan2 dan cara2 membuatnya...

Makanan ni tergolong dalam kumpulan kuih-muih..Bila bulan puasa je, kat rumah ana nasi bukanlah juadah utama untuk berbuka puasa.. Biasanya masak bihun ke,kue teow ke, kuih ke, dll..Sahur je baru makan nasi..

Oklah berbalik pada kuih yang ana buat tadi, namanya pulut goreng.Mungkin kawan2 pernah buat kot. Bahan2nye senang je. Mesti ada TEPUNG PULUT, KELAPA, GARAM, GULA MERAH, dan GULA PASIR. Jom sertai Chef Husna memasak..hihi

Part A:
1) Mula-mula, campurkan tepung pulut, kelapa dan garam dalam satu bekas.
2) Lepas tu letak air sikit dan uli tepung tu.
3) Then, bulat2 kan tepung tu dan tekan sikit je supaya jadi leper.
4) Lepas tu panaskan minyak, dan goreng.

Part B:
5) Masukkan air,gula merah,sikit gula pasir dalam periuk/kuali atas api.
6) Kacau.Masukkan Part A ke dalam Part B dan sedia untuk dihidang..
Mudahkan? (",)

* Anak buah ana dua2 orang tu pon, sorang umur 5tahun sorang lagi 3tahun turut sama2 turun padang tolong ana membulat2 kan tepung..setiap kali siap, dia akan tunjuk ana,"Mama Una, dah siap."Lepas tu tunjuk nenek dia pulak. "Nek wan, macam ni boleh?"Sampaikan nekwan dia dah malas nak komen.hihihi..Nanti masak lain pulak..Tapi kena tunggu balik rumah dulu.. =)

::Benteras keluhan tingkatkan kesyukuran::


‎Setiap kurniaan yg Allah berikan pada kita hendaklah kita syukuri dan hargai, Tetapi sebaliknya berlaku pada kita semua yang sering alpa, apabila dikurniakan sesuatu kpd kita, pastinya kita kurang menghargai akan kehadiran sesuatu kurniaan itu.

Pada zaman Saidina Umar al-Khatab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit." Doa beliau didengari oleh Saidina Umar ketika beliau(Umar) sedang melakukan tawaf di Ka'abah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah!masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit). Apakah tidak ada permintaan yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firmanNya dam surah Al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:" Sesungguhnya Kami(Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur." Aku mohon agar Allah masukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah." jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu."

Subhanallah. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang sedikit ini. Amin...

Hargailah dan syukurilah sesuatu yg hadir kepada kita dengan baik, sebelum ianya hilang dari pandangan kita..

Monday, August 15, 2011

::Aku ingin menjadi seorang pemburu!::

Wah, bestnye!dapat bonus.gaji+bonus daripada majikan di tempat kerja..Di dalam bulan Ramadhan ini, bukan sahaja bonus gaji yang diberikan malah bonus pahala juga disediakan Allah untuk kita.. Setiap amalan kita di bulan Ramadhan bukan sahaja akan dilipat kali gandakan pahalanya, malah Allah menyediakan satu malam pada bulan ini di mana pahalanya seperti beribadah 1000 bulan!

Firman Allah, “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini pada malam lailatul qadar. Dan tahukah engkau apakah dia kebesaran malam lailatul qadar itu? Lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan jin dengan izin Allah membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.” (Al-Qadar: 1-5)

Ayuh sahabat-sahabat, jadilah seorang pemburu iaitu pemburu lailatul-qadar! Bagaimana caranya? Sibukkanlah diri dengan beribadah kepada Allah. Saidatina Aisyah ra pernah berkata, “Adalah Rasulullah SAW sentiasa bersungguh-sungguh beribadah pada Ramadhan, tidak seperti bulan lain. Dan pada malam terakhir Ramadhan, Baginda semakin bersungguh-sungguh dalam beribadah tidak seperti pada malam lain. “ (Riwayat Muslim)

Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk memburu dan teruskan memburu. Berazamlah bahawa mulai hari ini aku ingin menjadi seorang pemburu iaitu pemburu lailatul qadar. Aku akan berusaha dan terus berusaha. Layakkah kita untuk memperoleh kemuliaan mlam lailatul qadar? Dengan amal yang sedikit, dengan lemahnya diri melawan hawa nafsu, sudikah Allah member kita peluang untuk bertemu malam ini? Berdoalah agar Allah memberi peluang, menunjukkan jalan serta memberi hidayah buat kita semua pada Ramadhan kali ini untuk kita bertemu Lailatul Qadar.

Aisyah RA bertanya, “Ya Rasulullah jika aku mendapati lailatul qadar maka apakah yang sebaiknya aku berdoa?” Jawab Nabi SAW,”Bacalah Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’fu anni (Ya Allah Engkaulah Maha pengampun, maka maafkanlah aku)” (HR Ahmad, At-Tirmidzi, Annasa’i, Ibn Majah)

Teruskanlah mencari kerana malam ini harus dicari, bukan ditunggu. Jom jadi pemburu Lailatul-Qadar!!!

Lailatul Qadar-RAIHAN

video

Sunday, August 14, 2011

::'Peta Kehidupan'::

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud," Semulia-mulia ibadah umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadah yang bukan wajib) bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca Al-Quran."

Bila agaknya kali terakhir kita membaca Al-Quran ye? sejam yang lepas atau semalam atau seminggu yang lepas atau......? Semoga kita semua istiqomah membaca dan mempelajari al-Quran. Dengan membacanya sahaja kita memperoleh pahala apatah lagi jika kita turut mengamalkan kandungan kitab suci Allah ini.Pahalanya berlipat kali ganda!Insya Allah..

Sabda Rasulullah SAW, " Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa'at bagi pembacanya." (HR Muslim dari Abu Umamah)

Sekarang, kita ikuti perbualan dua orang sahabat di dalam sebuah masjid sementara menunggu waktu berbuka puasa:

Man: Assalamualaikum. Ali, hang tengah baca apa tu?
Ali: Wa'alaikumussalam.Ni ha,majalah yang baru aku beli kat kedai depan tu tadi. majalah ***
Man: Owh..kan lebih baik kalau kita baca Al-Quran.Dapat juga kita tambah pahala. Rasulullah SAW bersabda," Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf."
Ali: Subhanallah.
Man: Jadi apa tunggu lagi. Sementara tunggu waktu berbuka puasa ni, jom kita baca Al-Quran.
Ali: Ok..Tapi Man.....
Man: Kenapa Ali?
Ali: Sebenarnya aku tak lancar sangat baca Al-Quran. Aku malu kalau orang lain dengar aku baca tergagap-gagap nanti, apa pulak kata mereka.
Man: Ali, Allah tu kan Maha Pemurah, Maha Penyayang. Redha Allah tu lagi penting dari segala-galanya. Setiap kebaikan yang kita lakukan pasti ada balasan pahala yang dijanjikan. Yang penting kita niatkan setiap perbuatan kita semata-mata keranaNya. Pedulikanlah orang nak kata apa.
Ali: Tapi Man...
Man: Dah, tak de nak tapi-tapinya lagi. Ali, Rasulullah SAW pernah bersabda, " Orang yang membaca Al-Quran dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala." (Hadis Muttafaq 'Alaih)

Setelah itu, mereka pun mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim dengan penuh penghayatan..Jom kawan-kawan, kita sertai mereka membaca Al-Quran...


*Bacalah Al-Quran, fahamilah dan hayatilah maksudnya, dan amalkanlah kandungannya. Janganlah sekali-kali mencipta alasan untuk tidak membacanya, tetapi carilah jalan untuk sentiasa menjadikannya sahabat karib yang sentiasa menemani walau di mana kita berada.

Jika kita ada masa untuk 'blogwalking', apakata kita spend masa juga untuk

Thursday, August 11, 2011

::Ucaplah 100x::

Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan. Suburkanlah ia dengan siraman zikrullah, pasti ianya mekar. Lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman. Usahlah biarkan ianya layu dengan racun dunia."
Ayuh, basahilah lidahmu dengan mengingati Allah.

Sabtu
Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan Allah akan beri segala kebaikan kepada kita

Ahad
Memperoleh harta yang banyakdan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia

Isnin
Setiap bacaan, Allah memberi pahala sebesar bukit uhud dan menghindarkan sifat-sifat mazmumah

Selasa
Setiap kali baca, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun

Rabu
Setiap kali bacaan, Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati pembacanya

Khamis
Setiap kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga

Jumaat
Allah akan memberikan ketenangan hati kepada orang yang membacanya

Allah berfirman: "Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu." (2:152)

Wednesday, August 10, 2011

::Hakikat Pernikahan::


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud," Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini." (HR Imam Tirmizi)

Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup. Oleh itu, Allah mensyariatkan umat Islam bahawa perkahwinan merupakan satu-satunya cara perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan selari dengan kehendak fitrah kejadian manusia. Dari hakikat pernikahan, cuba kita perhatikan, yang mana satu pilihan kita...

Jika hakikat pernikahan kerana HARTA,
maka hubungan akan terlerai sekiranya bankrup..
Jika hakikat pernikahan kerana SEX,
maka pasangan sentiasa bertengkar jika servis tidak memuaskan..
Jika hakikat pernikahan kerana KECANTIKAN,
maka pasangan akan lari sekiranya kecantikan atau kehensomeman
beransur hilang. Kecantikan tidak akan kekal selamanya..
Jika hakikat pernikahan kerana ZURIAT,
maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika
pasangan tidak dapat memberi anak..
Jika hakikat pernikahan kerana KEPERIBADIAAN,
maka pasangan akan pergi jika berlaku perubahan tingkah laku..
Jika hakikat pernikahan kerana CINTA,
maka cinta pasangan boleh beralih arah karana hati manusia yang
mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik.Tambahan pula
manusia yang dicintai pasti akan mati suatu hari nanti..
Jika hakikat pernikahan kerana IBADAH kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal. Dia mencintai hambaNya melebihi
seorang ibu mencintai bayinya. Maka tidak ada alasan apapun
di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga
kecuali jika pasangan menderhakai Allah SWT.

Pilihlah yang beragama serta berakhlak mulia kerana ia akan membawa kepada keredhaan Yang Maha Esa dan memacu arah menuju ke syurga.
Pesan Nabi SAW,"Maka pilihah yang memiliki agama,nescaya sejahtera hidupmu."

Tolong sampaikan padanya...
video

Monday, August 8, 2011

::Ramadhan di rumah::

hari ni 8 August..(0808)
Cantik tarikhnya kan..

Kelmarin dan semalam sahur + berbuka puasa with my lovely family..
Meriah betul..Banyak betul ana makan..
Nasi briani, kue teow goreng, roti john, mi goreng, rendang, kuah kacang, ketupat, agar2..
Semuanya masak kat rumah..
Alhamdulillah, balik rumah je rezeki bertambah-tambah. hehe..
Seperti kebiasaan, my family akan solat maghrib berjemaah.Ayah yang jadi imam..
Lepas tu tunggu isya',g solat terawikh kat masjid al-istiqlal..
Kat melaka cepat. 9.30 dah selesai solat..
yang lainnya tahun ni berbanding tahun2 lepas, lepas witir b4 doa je terus ada tahlil..
Kakak ana kata, tiap-tiap hari ada.sampailah 25 Ramadhan..
untuk tahlil, our family's turn xigt plk berapa hb.
Al-Fatihah buat arwah angah, pak2 sedara, mak tok, tok bapak, dll

Hari ni berbuka sorang-sorang..
Sedihnya.huhuhu..
Bilalah lagi agaknya dapat balik rumah..

~7:22pm:Preparing 4 berbuka puasa lonely: kurma+air. Alhamdulillah~


Thursday, August 4, 2011

::Jambatan Istikharah::

Kamu adalah rahsia Allah yang telah ditetapkan buatku yang mampu ku ungkaikan melalui jambatan istikharah. Semoga ianya akan terjawab melalui sujud yang kita labuhkan kepadaNya.

Bakal 'Imamku'..
Dalam perjalananku untuk bertemu denganmu, satu trajedi telah berlaku padaku.semua keperluan yang kubawa bersamaku musnah dijilat api. Duit, kad ATM dan bermacam-macam lagi tidak dapat ku selamatkan. Namun hanya satu yang turut ku bawa ketika itu sempat ku ambil dan ku peluk erat di dadaku. 'Peta kehidupan' iaitu Al-Quranul Kareem! Itulah mimpiku di hening pagi tatkala aku mengharapkan petunjuk dari Illahi siapakah bakal suamiku. Bagiku ada maksud yang tersirat di sebaliknya. Subhanallah...

Bakal suamiku..
Aku yakin pilihan Allah adalah yang terbaik bagiku. Walau siapapun kamu, rupa parasmu, hartamu, atau apa sahaja yang ada padamu bukanlah menjadi pilihanku nombor satu. Aku menerimamu kerana Agamamu! Aku yakin kamu dapat membimbingku ke jalan yang diredhai Tuhan Yang Satu.

Wahai pasangan hidupku..
Aku menunggu lafaz akad yang dapat membimbingku ke Jannah Illahi. Bawalah aku mencintaiNya lebih daripada segala-galanya. Sebagai tanda syukur kita kepadaNya yang telah menganugerahkan rasa cinta antara kita.

Pelengkap hidupku..
Izinkan aku mencintaimu seutuhnya. Akan ku jadi permaisuri hidupmu yang solehah. Cukuplah kamu duhai ****** sebagai 'imamku'. Ketika kamu hadir dalam hidupku, takkan ku biarkan hati ini terbuka untuk insan yang lain. Insya Allah...

Ya Allah..Jika benarlah dia diciptakan untukku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Izinkanlah kami melayari hidup ini bersama. Jodohkanlah kami. Rabbulizzati, kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.


"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." Amin..

::Ku memohon AmpunanMu Ya Illahi::

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu..
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu..
Ampunkan dosaku terimalah taubatku..
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai..
Dengan rahmatMu ampunkan aku oh Tuhanku..


Sudah menjadi lumrah bahawa tidak ada seorang manusia pun yang sempurna. Manusia sering melakukan salah dan dosa. Lupa dan khilaf sudah menjadi lumrah yang akan menimpa pada setiap daripada kita. Tidaklah Nabi mengatakan sebaik-baik manusia adalah orang yang tidak pernah bersalah kerana tidak ada seorang pun manusia yang ma'sum(terpelihara daripada kesalahan) kecuali para Nabi. Namun begitu, Rasulullah menegaskan bahawa orang-orang yang bertaubat dan mengakui kesalahan serta kembali kepada kebenaran adalah yang terbaik di antara mereka.

Rasulullah SAW bersabda,"Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mahu bertaubat." (HR Ibnu Majah)

Bertaubatlah kepadaNya selagi nyawa masih ada. Walau kita merasakan yang kita telah terjatuh jauh dari sekian banyak dosa dan kesalahan,janganlah kita berputus asa untuk mendapatkan keampunanNya.Sesungguhnya Allah itu amat luas rahmatNya. Sesiapa yang berputus asa dari ramhat Allah bererti dia sendiri yang telah menyempitkan rahmat Allah. Padahal rahmat Allah itu amat luas, dan Allah mengampuni semua dosa hambanya bila ia mahu bertaubat kepadaNya.

Sabda Rasulullah,"Kalau sekiranya kalian mempunyai dosa atau kesalahan sampai memenuhi langit, kemudian kalian bertaubat,nescaya Allah akan menerima taubat kalian."(HR Ibnu Majah)

"Katakanlah:"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri.janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (39:53)

Ya Allah,ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, adik-beradikku, kaum keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan seluruh kaum muslimim muslimat walau di mana mereka berada.Ampunilah dosa-dosa kami samada yang sengaja kami lakukan atau tidak sengaja kami lakukan, samada yang kami lakukan secara nyata mahupun secara tersembunyi. Hanya kepadaMulah kami mengharapkan keampunan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun.Amin..

Wednesday, August 3, 2011

::Jangan!!::

Perkara-perkara yang ditegah daripada melakukannya.Tetapi inilah yang sering kita lakukan.Betul tak?

Jangan sengaja lewatkan solat
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing
Jangan biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tidak berbasuh
Jangan tidur selepas solat subuh
Jangan makan tanpa membaca basmallah
Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan
Jangan pakai kasut yang berlainan pasangan
Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Jangan bergaul bebas di tempat kerja
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
Jangan ego utk meminta maaf kepada ibu bapa & sesama manusia
Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Jangan lupa bertawakal kepada Allah dalam setiap kerja kita
Jangan bakhil untuk bersedekah
Jangan banyak ketawa
Jangan biasakan berbohong
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
Jangan terlalu bersusah hati dengan urusan dunia

Jangan pertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN kerana semuanya ada kebaikannya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya...

*ana salin dari buku taklim masa sekolah teknik dulu..Rindunya zaman sekolah. Diberi taklim dan memberi taklim..Petang2 je,mesti nampak muka naqibah2 bagi taklim.hehe

Tuesday, August 2, 2011

::Jom + Rezeki::

Assalamualaikum.Apa khabar ye sahabat-sahabat hari ni? Di harap semuanya sihat walafiat dan sentiasa di dalam rahmat dan redha Illahi. Insya Allah..

Jom ikuti perbualan ringkas dua orang sahabat di bawah:

Ina: wat pe tu?sibuk namapak....
Ani: ada keje sikit Ina. pening kepala,dah brapa hari dah saya buat,tapi tak siap-siap lagi..
Ina: yeke ani.ada apa-apa yang boleh saya tolong?
Ani: takpelah Ina.
Ina: Ani,awak nak ikut saya tak?
Ani: Pergi mana ye? Kalau sekejap boleh la kot.kalau lama saya rasa saya tak dapat ikut sebab saya ada banyak kerja nak kena buat.

Rasa-rasanya ke mana agaknya ye Ina nak bawa Ani..
Sebenarnya Ina nak ajak Ani solat dhuha sama-sama.. =)
Ana pun nak ajak kawan-kawan solat sunat dhuha jugak. Walau banyak manapun kerja kita,walau sibuk macam mana pun kita, tinggalkan sekejap ye kawan-kawan sebab fadhilatnya besar tau. Jom kawan-kawan solat dhuha.. ^_^


Antara ibadah sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah solat sunat dhuha. Daripada Abu Hurairah, "Rasulullah SAW telah berwasiat kepada tiga perkara supaya aku tidak meninggalkannya iaitu aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan solat sunat witir, tidak meninggalkan 2 rakaat solat dhuha kerana ia adalah solat sunnat awwabin, dan puasa tiga hari setiap bulan." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu solat sunat dhuha bermula 20 minit selepas terbit matahari dan berakhir sebelum masuknya waktu zohor namun afdhal dilakukan ketika matahari telah meninggi. Dari Zaid binArqam,Rasulullah SAW menjelaskan,"Solat Dhuha ini afdhalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya." Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Mak ana selalu pesan, kalau nak rezeki kita sentiasa murah, dirikan solat sunat dhuha dan banyakkan istigfar..

Antara kelebihan solat dhuha ialah:

Rasulullah SAW bersabda," Solat sunat dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Sabda Rasulullah SAW lagi, "Siapa sahaja yang dapat mengerjakan solat dhuha secara istiqomah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda,"Barangsiapa yang menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatinya." (Riwayat at-Thabrani)

Bacaan ketika sujud yang terakhir (40x)






(Kurniakanlah bagiku ilmu dan hikmah Wahai
Tuhan Yang Maha Pemberi, dan kurnikanlah
rezeki padaku Wahai Tuhan Yang Memberi
Rezeki, mudahkanlah ia bagiku)

Doa solat sunat Dhuha:

video

Alhamdulillah,berkat solat sunat dhuha, dan dengan izin Allah, Ani akhirnya dapat juga menyelesaikan segala kerja-kerjanya dengan sempurna. Kawan-kawan pula bagaimana?Jom2,solat dhuha.. (",)