Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Thursday, April 21, 2011

::Saya Suka Buku::



Ada pesta buku antarabangsa la 24 April hingga 1 Mei ni..
Bestnye...Kalaulah dekat kan best.Insya Allah,mesti ana pergi..
Ana suka sangat tengok buku-buku..
Lagi banyak buku lagi ana suka..macam kat library tu..best3x..hehe
Tak kira la baca atau tak,yang pasti I Luv books so much!

Teringat zaman belajar kat UTMKL dulu..
Kalau ada pesta buku je mesti pergi dengan kawan-kawan..
Naik bas..lepas tu naik Star..xpun naik teksi..
Walaupun orang ramai berasak2 dalam pesta buku tu,
tapi still puas hati,seronok and happy...
Dapat tengok buku walaupun xbeli..
Dapat keluar dengan kawan2..dapat release tension..
Bestnye kenangan kat KL dulu..

Bila la lagi nak sampai sana ye?hmmm.......

Sunday, April 17, 2011

Saturday, April 16, 2011

::Coretan di Hari Lahir ku::


"SeLamat hari Jadi!!
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Semoga berjaya dan bahagia dunia dan akhirat."

Itulah antara ucapan-ucapan yang sering ana terima bila saja tibanya 16 April..
Terima kasih ye semua..Ucapan kalian doa buatku..Doa kalian menjadi kekuatanku..

16042011..
Kini usiaku menjangkau 24 tahun!

Sebenarnya ana risau..
Ketika ramai sahabat mengucapkan selamat hari jadi dan semoga panjang umur, namun hakikatnya umur ana semakin pendek. Semakin bertambah usia semakin banyak yang perlu dirisaukan.Soalan demi soalan berlegar-legar di fikiran ana.tentang masa lalu,sekarang dan masa akan datang. Namun yang paling dirisaukan,adakah selama ni ana mengisi masa ana dengan perkara-perkara yang berfaedah atau adakah sebaliknya?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Setiap hamba pada hari kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal tentang empat perkara:
Pertama: Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu.
Kedua: Masa remajanya,bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu.
Ketiga: Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaiman dia membelanjakannya.
Keempat: Tentang ilmunya,apakah dia telah beramal dengan ilmu iti.
(Hadis riwayat Muaz bin Jabal RA)

Usia ini umpama harta. Harta yang banyak tidak memberi apa-apa makna melainkan keberkatan mengiringinya. Harta yang berkat sedikit pun sudah mencukupi, banyaknya pula boleh diagih-agihkan. Begitulah juga usia. Jika ianya berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya pula melimpah kebaktian.

Buat semua insan yang mengenali diri ana,ana mohon maaf andai diri ana ada melakukan kesilapan atau mengguris hati kalian.Ana takut, ana mati nanti dalam keadaan yang bertimbun-timbun dengan dosa yang belum diampunkan Allah dan dimaafkan manusia.Maafkan ana..

Doakan ana ye..Mudah-mudahan ana semakin dekat dengan Illahi.Semoga makin baik dan solehah peribadi dan semoga redha Allah sentiasa mengiringi diri ini..

Thursday, April 14, 2011

::Tambahkan Pada ku Ilmu Yang Berguna::



Kenapa susah sangat untuk aku memahami sesuatu ilmu yang ku pelajari? Ya Allah..Mungkinkah di sebabkan oleh dosa-dosa yang aku lakukan?

Rasulullah SAW bersabda," “Seorang hamba boleh terhalang rezekinya
karana dosa yang menimpanya.” (hadits riwayat Imam Ahmad)


"Wahai Tuhan daku bermohon;
Keampunan dan kemaafan;
Tambahkan padaku ilmu yang berguna;
Terimalah amalanku;
Dan perkenankan taubat hambaMU."

Ya Allah..sekiranya aku tiada ilmu tentang sesuatu perkara itu,
kurniakanlah pengetahuan kepadaku agar aku dapat menguasainya
dengan sebaik-baiknya dan dapat ku gunakan ke jalan Mu..
Dan sekiranya Ya Allah..
dengan izinMu aku mempunyai ilmu tentang sesuatu perkara itu,
Engkau tambahkanlah pengetahuan yang Kau berikan itu agar aku
dapat lebih menguasainya dan dapat ku gunakan untuk memajukan
diriku,agamaku,bagsaku,dan negaraku..Sesungguhnya Engkaulah
Tuhanku Yang Maha Luas IlmuMu lagi Maha Kaya terhadap segala
sesuatu.Amin..

Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur....

Saturday, April 9, 2011

::Look into ur heart,Allah is there for u::

Aku tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Lembutkanlah Ya Allah. Atau berilah aku ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati Ya Allah.

Aku seorang hamba yang kerdil di bumi Allah yang terbentang luas ini..
Tika berjalan aku juga tersadung, tika berlari aku juga terjatuh..
Namun ku tahu Allah sentiasa ada membantuku melayari hidup ini..
yang penuh dengan onak duri dan pelbagai lagi cabaran menanti..

Ya Allah,ampunilah hambaMu ini jika selama ini aku tersilap langkah..
Dan ampunilah jua andai aku lalai dalam mengingatiMu..
Bimbinglah diri ini ke jalan yang Engkau redhai..
Walau apa keadaan sekalipun,akan ku cuba pertahankan maruah diri
dan Islam yang suci..

Kan ku laksanakan segala perintahMu Illahi..

::Ku Susuri Takdir Mu::


Bagaimana denga hari ini,adakah lebih baik dari semalam?
Bagaimana dengan minggu ini,adakah lebih baik dari minggu yang lalu?
Bagaimana dengan tahun ini,adakah lebih baik dari tahun yang lalu?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Barangsiapa yang amalnya
hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalnya hari ini samadengan yang semalam,dia
adalah orang yang rugi.Dan barangsiapa yang amalnya hari ini lebih
buruk dari hari semalam,dia tergolong orang yang dilaknat oleh Allah."

Langit tidak selalunya indah..
Setiap daripada kita pernah melakukan kesilapan dalam hidup..
Setiap orang ujiannya berbeza..
Ada yang diuji dengan kewangan,ada yang diuji dengan kesihatan,
dan ada pula yang diuji dengan pelbagai lagi ujian..
Kadangkala kita tidak pernah meyangka ia akan terjadi dalam
kehidupan di dunia..Itulah takdir-Nya..
Namun begitu,kita disarankan agar sentiasa memperbaiki kekhilafan
diri..Jika hari ini kita melakukan kemaksiatan,kemungkaran atau apa
sahaja tegahan dari Illahi,pastikan ia tidak berterusan pada hari-hari
yang mendatang..perbaikilah diri,mohonlah ampunan dari Illahi..
Lawanlah nafsu,lawanlah syaitan..Umat Islam sentiasa BOLEH!!

Sedarkah kamu?
Sebenarnya kamu adalah hambaNya yang beruntung..
Sangat-sangat beruntung..Kerana Dia menyayangimu..
Dia tidak membiarkan kamu sentiasa melakukan kemungkaran..
Ramai yang menegurmu,tanda kamu turut disayangi oleh manusia..

Ayuh,kita teruskan perjalanan hidup ini dengan sentiasa memperbaiki diri..
Dan ajaklah orang lain untuk sama-sama memperbaiki diri..
Semoga hidup kita diberkati dan diredhai Illahi..

Jika kamu miskin,mintalah pertolongan pada Allah kerana
Dia Maha Kaya..Jika kamu sakit,mintalah pertolongan pada
Allah kerana Dia ada ubatnya.Jika kamu mempunyai sebarang
masalah,mohonlah pertolongan dari Allah kerana Dia ada
jalan penyelesaiannya..

Sentiasalah bersangka baik pada Allah..Kelak,Dia pasti akan beri rezeki
pada jalan yang tidak disangka-sangka..Insya Allah..

Friday, April 8, 2011

::Wahai 'MALU' kembalilah pada diri::


Wahai muslimah sejati...
Kecantikan dirimu anugerah dari Illahi..
Siapalah dirimu jika Allah tidak beri..
Jika ingin mempamerkan kecantikan diri..
Bersabarlah dan tahanlah diri..
Pahatkan di hati sanubari..
Dirimu hanya untuk tontonan seorang insan yang bergelar suami..

Ayuh,sedarilah...
Sekelip mata sahaja Allah boleh tarik kembali nikmat yg diberi..
Sebelum terlambat insafilah diri..
Bila-bila masa sahaja Allah boleh menjemputmu kembali..

::Api..api..!!::

Luahan hati buat umat Islam yang disayangi...

"Hai orang-orang Islam yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka." (At-Tahrim:6)

Wahai insani..
Jangan sekali-kali bermain dengan api..
Kepanasan api duniawi tidak tertanggung oleh diri..
Inikan pula api Illahi..
Kepanasannya tidak terperi..
Yang akan membakar diri..
Jika sengaja 'bermain dengan api' di dunia ini..

Janganlah mudah terpesona dengan duniawi..
Ketahuilah akhirat adalah negeri yang kekal abadi..

Peliharalah diri..
Peliharalah akhlak peribadi..
Peliharalah Islam yang suci..
Semaikan iman dan taqwa di dalam diri..
Kerana di sana syurga menanti..

Boleh sorok dari pengetahuan keluarga..
Boleh sorok dari pengetahuan member..
Tapi tidak sekali-kali dari pengetahuan Yang Maha Esa!

Wednesday, April 6, 2011

::Bersedia?::


Renungi kata-kata seorang sahabat..

"Cinta akan tumbuh bersemi setelah nikah"

Tapi biasanya kan kalau kita lihat, orang nikah kerana adanya cinta.

Apa komen anda?Tafadhol..

Monday, April 4, 2011

::Minuman Malam::

+

Tengah khusyuk buat assignment di malam hari,seorang sahabat datang di bilik ana dan hulurkan segelas susu bercampur madu.Ya Allah,rezeki yang tidak disangka-sangka.Alhamdulillah.Buat sahabat,terima kasih.....(",)

::Sekadar BerkongsCerita::

Sekadar berkongsi cerita....

Dua tiga hari yang lepas,ana demam.Alhamdulillah.Demam juga adalah
satu nikmat daripada Allah.Banyak hikmah yang tersurat dan tersirat
di sebaliknya.Mungkin Allah nak bagi ana rehat sebab selama ni ana kurang
dapat rehat yang berkualiti.Bila demam je,terlebih2 pulak ana rehat.tido
apatah lagi..hihi.Lepas baik sikit demam ni,alhamdulillah bertambah2 semangat
ana nak buat kerja.Semangat yang luar biasa!Semuanya dari Allah..Ana jugak
pernah dengar,jika kita sakit dan kita sabar insya Allah,ia akan jadi penghapus
dosa2 kecil yang pernah kita lakukan.Ya Allah,banyaknya dosaku padaMu..


Sejak akhir2 ni jugak,ana bermimpi.Mimpi yang sangat panjang jalan ceritanya.
Ramai yang terlibat.Mak ayah,adik beradik,keluarga,kawan2,dan termasuk
jugak orang yang tidak dikenali.Sangat mencabar dan banyak sangat cabaran
yang dihadapi dalam mimpi tu.tapi yang paling bestnya, ana mimpi dalam
keadaan huru hara,sempat lagi ana singgah di sebuah masjid untuk solat isyak.
Masa tu lebih kurang dalam pukul 1.30 pagi.Luarannya masjid tu gelap bila
masuk je ramai sangat orang dalam tu.Semua tengah qiamullail.Lepas solat je
ana teruskan mengembara.sampai pulak kat mekah.Subhanallah nampak
Kaabah!Tapi dari pandangan atas je.Macam zaman dulu2,kawasan ka'abah
tu kecik je.Time tu boleh pulak ana terfikir,kawasan kecik,tapi bila musim haji
Subhanallah,kawasan yg kecik tu boleh menampung ramainya umat Islam..
Ya Allah,semoga ada kesempatan untuk ku ke sana..Ana pun tersedar dari
tidur.begitulah kisahnya.... =)