Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Wednesday, March 30, 2011

::Choose This Key::


“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci
pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia
ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup
kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci
kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah
jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”.

[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]


"Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan,maka
ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya."

(Hadis Riwayat Muslim)


"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan
dan ketaqwaan."
(Al Maidah ayat 2)

Tuesday, March 29, 2011

::Jom Doa::

Semalam lepas balik kelas cadang nak jln2 sekejap.saja nak ambil angin luar.
tapi tak tahu nak pergi mana.tak tahu apa yang menarik kat area skudai.
Last2,pergi JJ taman U je.sampai2 je terus ke kedai buku.bagi ana lah kan,salah
1 cara ana nak hilangkan tekanan ialah meletakkan diri ana di kelilingi buku2.
Suka sangat bila tengok buku banyak2.nak2 buku2 agama.Ana really2 LuvBooks!!
Ana pun terus ambil salah 1 buku yang terdapat kat situ.buku tentang himpunan
doa-doa. Subhanallah! ana TER'buka' muka surat "Doa ketika menghadapi
kesulitan/kesusahan".Secara kebetulan doa tersebut amat2 sesuai untuk ana
amalkan lebih2 lagi ketika situasi kritikal di penghujung semester akhir ini yang
mana banyak kerja yang perlu diselesaikan,byk masalah yg timbul,emosi cepat
terusik lantaran bebanan2 kerja,dan sebagainya. Alhamdulillah,syukur padaMu
Ya Alla kerana menemukan ku dengan doa ini...........


Doa Ketika Menghadapi Masalah/Kesulitan

"Ya Allah,tiada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah,
dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau
kehendaki."

Mari berdoa..Mari sama2 kita amalkan doa ini.Moga apa sahaja kesulitan yang
kita hadapi,akan diberikan kemudahan dan jalan keluar olehNya.Insya Allah.

Saturday, March 26, 2011

::Berapakah harga diri seorang wanita??::

Wanita adalah hiasan duniawi..
Seindah hiasan adalah wanita yang tunduk pada Illahi..
Hatinya murni,tidak mudah dinodai dan bukan untuk dijual beli..
Harga dirinya tinggi tidak terperi..
Wanita adalah bidadari yang sukar diperolehi dan di tukar ganti..

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan:"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang.Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki.Itu bukan kemuliaan bagimu.Jika kau berasa bangga,kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa saja.Muliakanlah dirimu dengan taqwa,setanding mutiara Zabarjad,yang hanya mampu dimilik penghuni syurga.."

--aku hanya akan gadaikan diriku padamu setelah kau lafazkan janji sucimu di hadapan Penghulu Seluruh Alam.--

Friday, March 25, 2011

::Mendekati Cinta::

Apa bezanya orang yang makan dengan gelojoh atau hanya kuyah beberapa kali dengan orang yang makan dengan penuh tertib atau mengikut sunnah Rasulullah iaitu kunyah sebanyak 40 kali?

Persamaa:: Kedua-duanya akan kenyang
Perbezaan:: Berbeza dari segi proses penghadaman.

Kita sedia maklum apabila kunyah 40x,makanan akan menjadi halus dan ini memudahkan proses penghadaman. Tetapi,untuk mengunyah sebanyak itu, ia mengambil masa yang lebih lama dan ini merupakan faktor untuk kita merasakan ianya suatu yang remeh dan susah.susah untuk mempraktikkannya. Namun begitu,kita pasti akan mengusahakan untuk mengamalkannya dalam kehidupan kita kerana manfaatnya terlalu besar terhadap kesihatan kita....

Begitu jugalah dengan CINTA dalam kehidupan kita.Kita tahu bahawa cinta Allah pasti membawa kebaikan dan kejayaan dalm hidup kita. Apabila kita cinta pada Allah, Allah akan jaga iman dan taqwa kita dalam setiap langkah perjalanan hidup di dunia ini.Dengan izinNya,berkat cinta kita kepada Allah, Allah akan pelihara diri kita daripada mudah tertarik pada keindahan fatamorgana. Kenapa kita mudah jatuh cinta pada manusia walaupun hanya dengan pandang pertama berbanding untuk jatuh cinta pada Allah?? Kerana cinta kita pada Allah masih belum sempurna sepenuhnya. Cinta manusia akan sempura setelah cinta kepada Allah melebihi segala-galanya. Untuk mendapatkan cinta Allah,perlukan pengorbanan dan kepayahan. Namun kita perlu berusaha dan teruskan berusaha untuk memperolehinya kerana banyak kebaikan yang menanti..Wallahualam.

::Cinta::

Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana di antara ramai-ramai hambaNya, Dia telah memilih diri ini untuk sama-sama mengimarahkan majlis ilmu, majis yang diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi. Ana kalau dengar ada je ceramah2 agama,ana memang semangat sangat nak pergi walaupun belum tentu lagi ana pergi.Tak kiralah dekat ke jauh ke,ada masa lapang ke atau banyak kerja ke, ana tetap semangat.hehehe.Semua yang ada di bumi ini,yang kita lalui,dan segala2nya berlaku denagn izin Allah.Jadi semangat tu juga datangnya dari Allah.Alhamdulillah..

"Wahai org2 yang beriman!Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis2, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu............" (Al Mujadilah:11)

Di bawah ni ana ada nyatakan sedikit maklumat tentang forum tersebut:-

Tajuk::Forum Bicara AdaMaya Cinta Antara 2 Kasih
Tarikh/Hari::24 Mac 2011/Khamis
Masa::10mlm-12mlm
Tempat::Pesta Konvo,Padang Kawad UTM
Ahli Panel::1) Dato' Hj Muhammad Zakaria (Managing Editor Telaga Biru)
2) Ustaz Dr Ismail Musytari (UTM)
Artis Jemputan::WILDAN (Penasyid tanah air)

Subhanallah,ana memang kagum dengan isi2 penyampaian daripada kedua2 ahli panel tersebut. Terlalu banyak ilmu yang dapat ana kumpulkan daripada forum yang ana hadiri ini.Semuanya tentang CINTA...Insya Allah nanti bila ana rajin,ana akan ceritakan keseluruhan isi ceramah ni ye...hihi. Hari ni ana cuma nak share beberapa point tentang cinta......

#Betulkan cinta kita kepada Allah dengan sebenar-benarnya cinta,
nescaya Allah akan betulkan cinta kita kepada manusia.
#Carilah cinta yang tiada nokhtanya,dan janganlah rosakkan
cinta dengan dosa dan maksiat.
#Dalam mencari cinta yang sebenar,perjalanannya dan
penjelajahannya sangat mencabar.
#Jika agama menjadi paksi dalam setiap perkara termasuklah
percintaan,kita pasti akan selamat dunia&akhirat.


Bila berbicara tentang cinta,pasti tidak terlepas daripada soal hati dan perasaan.Jodoh?Jodoh itu seperti rezeki.Siapa jodoh kita?Berapa banyak rezeki kita?Ia adalah ketentuan Allah.Kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.Kita hanya boleh berusaha.

Pilihlah jodoh dengan dua cara.:-
1) Jadilah orang yang baik.Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik.
2) Ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

Tuesday, March 15, 2011

::Amalan Pelajar Cemerlang::


Sedang mengemas bilik, tiba2 terjumpa balik sehelai kertas yang pernah
ana lekatkan di meja study masa tahun 2 dulu..Isi kertas tersebut ialah
mengenai amalan pelajar cemerlang...

1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.
2. Sentiasa membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzu' sehari.
Paling malas satu muka sehari. (pelajar cemerlang tidak boleh malas)
3. Memulakan pagi dengan Qiamullail.
4. Membaca Al-Mathurat pagi dan petang.
5. Sarapan pagi dengan telur&madu.
6. Jika ada masa terluang rujuk nota ringkas & lihat apa yang akan dipelajari hari ini.
7. Fokus semasa belajar.Belajar kerana Allah dan bukan kerana lain.
-niat untuk menuntut ilmu & mencari redhaNya-
8. Menunaikan solat Dhuha.
9. Tidur sekejap sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan
mengantuk ketika qiamullail.
10. Riadah selepas solat Asar. (lakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh)
11. Istiqomah menunaikan solat hajat selepas solat Maghrib + membaca Al-Quran.
12. Belajar selepas isyak
13. Muhasabah diri sebelum tidur.

Wednesday, March 9, 2011

::Inilah Hasilnya::

Dalam masa 1 jam,ini lah hasilnya.................................


Alhamdulillah...2 helai tudung labuh yang sempat ana jahit (hijau&kelabu) walaupun masih banyak lagi kerja menanti..

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,.........." (An-Nur:31)

Tuesday, March 8, 2011

::DIA Sentiasa Bersama::


Sedih??Masalah??
"Masalah ibarat noise yang menyebabkan system performance berkurang"
Hidup ini selalu dirundung kesedihan lantaran masalah yang dihadapi.
Allah lah yang menciptakan masalah,dan penyelesaiannya pasti ada padaNYA.
Masalah tidak dapat diselesaikan tanpa ada keizinan dari Illahi.........

Duhai diri yang disinggahi masalah..
Bermunajatlah pada Allah agar dikuatkan hati menerima takdir dari Illahi.
Sedarilah,tidak semua yang kita mahukan akan kita perolehi..
Mengadulah pada yang sudi, Ya Rahman, kerana Dia punyai pelbagai solusi.
Jadi mengapa mahu menangis sendiri dan merasa sunyi sedangkan engkau
punya Allah di hati, Dia tidak pernah meninggalkan dirimu sendiri di saat
ramai manusia meninggalkan mu.....

Masalah demi masalah..ujian demi ujian yang tanggungi telah membentuk
diri ini untuk berubah ke jalan yang lebih baik dan diredhai Illahi.
"Jadikanlah masalah sebagai amplifier yang dapat menguatkan signal"

LaTahzan,Inallahama'ana (Janganlah bersedih,Allah sentiasa bersamamu)

Saturday, March 5, 2011

::Atas Bawah::


....Iblis....
"Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari DEPAN,dari BELAKANG, dari KANAN,dan dari KIRI mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (Al-A'raf:17)
Pada 28Feb 2011,selepas berbuka puasa,ana ada menghadiri kuliah maghrib di masjid taman U. Disebabkan datang lambat,ana terlepas untuk mengetahui tajuk kuliah pada malam itu .Tetapi ustaz yang memberi ceramah tersebut (Ustz Rifqi Bin Myiddin-Imam 2 Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid), selepas membacakan terjemahan surah Al-A'raf ayat 17,beliau ada bertanya pada jemaah yang hadir.Syaitan mendatangi manusia dari arah depan,belakang, kanan,dan kiri.Syaitan tak datang dari arah atas dan bawah,kenapa??Kerana... sebenarnya syaitan TAKUT pada dua tempat ini:-
::turunnya wahyu (Al-Quran) dari Allah untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
::kerana bawahlah tempat manusia sujud.
Oleh itu,pebanyakkanlah membaca Al-Quran dan laksanakanlah solat kerana syaitan takut untuk mendekati orang yang memperbanyakkan amalan-amalan tersebut.
Kebetulan,pada 3 Mac 2011,Ustaz Rifqi dijemput untuk menjayakan Forum Perdana yang bertajuk Khurafat di kolej 9,UTM. Dan,ustz memberitahu perkara yang sama ketika menyampaikan ceramahnya kepada mahasiswa-mahasiswi UTM.Setelah dua kali ana mendengarnya,ana merasakan yang ana juga perlu share ilmu ini di sini..Wallahualam.

Friday, March 4, 2011

::Mati Untuk Hidup::

"Baiklah pelajar-pelajar semua,peperiksaan akan diaadakan bila-bila masa saja dari sekarang.Di harap semua pelajar dapat buat yang terbaik.Ingat ini adalah masa depan kamu semua!" Apa reaksi kita ye jika cikgu/pensyarah cakap macam tu?Pasti kita akan buat persiapan setiap hari kan sebab risau exam akan diadakan keesokan harinya.. Sepatutnya, begitu jugalah kita mempersiapkan diri kita dengan kematian yang semakin hari semakin dekat dengan kita.Bila bila masa saja ia boleh menjemput kita!

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." -Ali-Imran:185-

MATI UNTUK HIDUP!Hidup yang kekal abadi........Wallahualam.

video

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati”(3:185)

Andaiku pergi.pintaku redhailah.Doakanku sejahtera disisiNya

::Exam Oh Exam::

::Exam dunia::
Kisah berlaku di sebuah universiti....

Lecturer: Lecturer mengingatkan student2nya.."Next week kita akan
adakan quiz.Only cover chapter 1."
Student: Next week?adoi,banyak betul keje.minggu depan dah la
kena hantar assignment, progress FYP lagi,test 1 lagi.Ni tambah 1 lagi.
Quiz!Risau la..huhu

Di kolej kediaman pelajar...
(Siang hari....)
Student A: Buat apa kat bilik?Dah habis study ke untuk test 1 n quiz?
Student B: Belum lagi.Risaula,banyak betul nak kena cover ni.Tak tidur
malam la nampaknya.Nak tak nak kena struggle juga.Kalau tak habisla..

Student A dan student B bertungkus lumus menyiapkan kerja dan sanggup
bersengkang mata menelaah pelajaran walaupun jam telah pun menunjukkan
pukul 3 pagi..::Exam Akhirat::

Allah berfirman,"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal

mereka,sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan dunia),berpaling
(dari akhirat)." -Al-Anbiya':1-

Student C: Kawan2,Allah ingatkan kita tentang masa perhitungan amal kita
di dunia ni dah semakin dekat!masanya boleh tiba bila-bila masa saja!Takutla..
apalah nasib kita nantikan..Apa persediaan yang kita dah buat?Cukup ke amal
kita setakat ni?Adakah kita beramal soleh dengan bersungguh2?Sanggupkah
kita berjaga malam(Qiamullail) untuk hadapi exam akhirat ni nanti?
Kawan2: Ergghh.......
Student C: Jom kawan2 kita muhasabah diri.Masih belum terlambat untuk kita
mengumpul seberapa banyak amal soleh di dunia ni.Kalau kita boleh hardworking
untuk exam dunia,kenapa tidak untuk exam akhirat???Ketahuilah exam akhirat
lebih penting kerana ia menentukan kehidupan kita buat SELAMA-LAMANYA.

Insya Allah.Bila kita kejar Akhirat,dunia akan turut serta.'Fastabiqul Khairat.'