Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Saturday, March 5, 2011

::Atas Bawah::


....Iblis....
"Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari DEPAN,dari BELAKANG, dari KANAN,dan dari KIRI mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (Al-A'raf:17)
Pada 28Feb 2011,selepas berbuka puasa,ana ada menghadiri kuliah maghrib di masjid taman U. Disebabkan datang lambat,ana terlepas untuk mengetahui tajuk kuliah pada malam itu .Tetapi ustaz yang memberi ceramah tersebut (Ustz Rifqi Bin Myiddin-Imam 2 Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid), selepas membacakan terjemahan surah Al-A'raf ayat 17,beliau ada bertanya pada jemaah yang hadir.Syaitan mendatangi manusia dari arah depan,belakang, kanan,dan kiri.Syaitan tak datang dari arah atas dan bawah,kenapa??Kerana... sebenarnya syaitan TAKUT pada dua tempat ini:-
::turunnya wahyu (Al-Quran) dari Allah untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
::kerana bawahlah tempat manusia sujud.
Oleh itu,pebanyakkanlah membaca Al-Quran dan laksanakanlah solat kerana syaitan takut untuk mendekati orang yang memperbanyakkan amalan-amalan tersebut.
Kebetulan,pada 3 Mac 2011,Ustaz Rifqi dijemput untuk menjayakan Forum Perdana yang bertajuk Khurafat di kolej 9,UTM. Dan,ustz memberitahu perkara yang sama ketika menyampaikan ceramahnya kepada mahasiswa-mahasiswi UTM.Setelah dua kali ana mendengarnya,ana merasakan yang ana juga perlu share ilmu ini di sini..Wallahualam.

No comments:

Post a Comment