Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Friday, October 4, 2013

::Syukur::


Kadang-kadang kita mengeluh kerana merasa letih atau penat menjadi diri kita sendiri. Penat menguruskan anak-anak, penat bekerja, penat menjadi isteri atau suami, penat menjadi seorang muslim dan sebagainya...

Namun pernahkah kita berfikir bahawa betapa beruntungnya kita menjadi 'diri kita' sekarang berbanding jika kita ditakdirkan menjadi orang lain?

Syukur kita masih punya anak walau letih menguruskannya. Syukur kita bersuami, syukur kita beristeri, syukur kita mempunyai pekerjaan, syukur kita dipilih untuk menjadi seorang muslim!

Dari Nu’man bin Basyir, meriwayatkan bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda,

مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ
“Barang siapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka dia tidak akan mampu pula untuk mensyukuri sesuatu nikmat yang banyak.” [Riwayat Ahmad]

Saturday, June 23, 2012

::Hikmah disebalik kehidupan::


Setiap yang jadikan pasti ada hikmahnya.....

Tuesday, May 15, 2012

::WalimatulUrus::

Bersama mengecapi bahagia..
Melengkapi sebahagian agama...

Friday, May 4, 2012

Thursday, May 3, 2012

::Countdown::

Countdown.........................

"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkanlah, janganlah disulitkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. Aamiin..."

Friday, April 20, 2012

::Tips Success dalam Perniagaan::


Kali ni ana nak share tips untuk success dalam perniagaan..
Tips ni ana perolehi hasil daripada tazkirah zohor yang disampaikan oleh seorang ustaz.Tipsnya ada dalam surah Ali Imran ayat 16-17.Nanti check dalam Al-Quran ye :)

"(Iaitu) orang-orang yang berdoa, “Wahai Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka. (juga) orang yang sabar, orang yang taat, orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar."

1) Beriman
    - Yakin dengan Allah dan mengadu seta memohon petunjuk/pendapat
      daripada Allah tentang perniagaan yang ingin/sedang kita jalankan.
2) Sentiasa memohon ampunan daripada Allah SWT/bertaubat
3) Menjauhi diri dari azab neraka/menjauhi maksiat
4) Bersabar
5) Mentaati perintah Allah dan RasulNya
6) Menginfakkan harta/banyakkan bersedekah
7) Bermunajat kepada Allah di sepertiga malam

Laksanakanlah dengan istiqomah. Insya Allah, apa sahaja perniagaan yang kita jalankan akan sentiasa diberkati, diredhai dan success dunia dan akhirat. Insya Allah..=)

Wednesday, January 25, 2012

::Barakallah sahabat::


Ratu sehari menaiki myvi..
Duk dap duk dap debaran di dirasai..
Selawat di baca penenang hati..
Memohon restu dari Illahi..

Wali dan saksi telahpun menanti
Saudara-mara turut mengiringi..
Debaran di hati semakin dirasai..
Saat terlihat bakal suami..

Sahabat baik berada di sisi..
Menggenggam erat jari jemari..
Masjid sungai mati menjadi saksi..
Dua mempelai mengikat janji..

Berbaju biru cantik sekali..
Diyana dan Farizi empunya diri..
Kini sah menjadi suami isteri..
Moga kekal ke syurga yang abadi..

SELAMAT PENGANTIN BARU sahabatku yang di sayangi,Nur Diyana Ismail. Moga menjadi isteri yang solehah.Barakallah...

Friday, December 30, 2011

::Jumaat terakhir::


Hari ni merupakan Jumaat terakhir buatku,kamu, dan kita semua...
Jumaat terakhir 2011.. :)

Hari jumaat merupakan penghulu segala hari sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)." (HR Abu Hurairah)

Terdapat beberapa fadhilat dan peristiwa yang berlaku pada hari yang penuh kemuliaan ini untuk direnungi bersama.Antaranya ialah:

Pernikahan
1) Pernikahan Nabi Adam as dengan Hawa
2) Pernikahan Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
3) Pernikahan Nabi Musa as dengan Shafrawa
4) Pernikahan NAbi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
5) Pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6) Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
7) Pernikahan antara Saidina Ali as dengan Siti Fatimah

Berjaya Dunia akhirat
"Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli,yang demikian itu adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat." (al-Jumaah:9-10)

Doa dimakbulkan
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang bersembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan."Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Diri diterangi cayaha
Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah menerangi cayaha yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat." (HR al-Bukhari)

Selamat dari fitnah kubur
Sabda Nabi SAW, "Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat ataupun malam jumaaat melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur."

Berlakunya hari kiamat
Rasulullah SAW bersabda, "hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari arafah, dan hari yang menyaksikan ialah hari jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat." (HR Tirmidzi)

Semoga perkongsian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang hari kebesaran umat Islam. Wallahualam.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. "