Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana di antara ramai-ramai hambaNya, Dia telah memilih diri ini untuk sama-sama mengimarahkan majlis ilmu, majis yang diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi. Ana kalau dengar ada je ceramah2 agama,ana memang semangat sangat nak pergi walaupun belum tentu lagi ana pergi.Tak kiralah dekat ke jauh ke,ada masa lapang ke atau banyak kerja ke, ana tetap semangat.hehehe.Semua yang ada di bumi ini,yang kita lalui,dan segala2nya berlaku denagn izin Allah.Jadi semangat tu juga datangnya dari Allah.Alhamdulillah..
"Wahai org2 yang beriman!Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis2, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu............" (Al Mujadilah:11)
Di bawah ni ana ada nyatakan sedikit maklumat tentang forum tersebut:-
Tajuk::Forum Bicara AdaMaya Cinta Antara 2 Kasih
Tarikh/Hari::24 Mac 2011/Khamis
Masa::10mlm-12mlm
Tempat::Pesta Konvo,Padang Kawad UTM
Ahli Panel::1) Dato' Hj Muhammad Zakaria (Managing Editor Telaga Biru)
2) Ustaz Dr Ismail Musytari (UTM)
Artis Jemputan::WILDAN (Penasyid tanah air)
Subhanallah,ana memang kagum dengan isi2 penyampaian daripada kedua2 ahli panel tersebut. Terlalu banyak ilmu yang dapat ana kumpulkan daripada forum yang ana hadiri ini.Semuanya tentang CINTA...Insya Allah nanti bila ana rajin,ana akan ceritakan keseluruhan isi ceramah ni ye...hihi. Hari ni ana cuma nak share beberapa point tentang cinta......
#Betulkan cinta kita kepada Allah dengan sebenar-benarnya cinta,
nescaya Allah akan betulkan cinta kita kepada manusia.
#Carilah cinta yang tiada nokhtanya,dan janganlah rosakkan
cinta dengan dosa dan maksiat.
#Dalam mencari cinta yang sebenar,perjalanannya dan
penjelajahannya sangat mencabar.
#Jika agama menjadi paksi dalam setiap perkara termasuklah
percintaan,kita pasti akan selamat dunia&akhirat.
Bila berbicara tentang cinta,pasti tidak terlepas daripada soal hati dan perasaan.Jodoh?Jodoh itu seperti rezeki.Siapa jodoh kita?Berapa banyak rezeki kita?Ia adalah ketentuan Allah.Kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.Kita hanya boleh berusaha.
Pilihlah jodoh dengan dua cara.:-
1) Jadilah orang yang baik.Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik.
2) Ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.
No comments:
Post a Comment