Rasulullah SAW bersabda:“Ya Allah tidak ada kehidupan yang sejati selain kehidupan akhirat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Saturday, April 9, 2011
::Ku Susuri Takdir Mu::
Bagaimana denga hari ini,adakah lebih baik dari semalam?
Bagaimana dengan minggu ini,adakah lebih baik dari minggu yang lalu?
Bagaimana dengan tahun ini,adakah lebih baik dari tahun yang lalu?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Barangsiapa yang amalnya
hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalnya hari ini samadengan yang semalam,dia
adalah orang yang rugi.Dan barangsiapa yang amalnya hari ini lebih
buruk dari hari semalam,dia tergolong orang yang dilaknat oleh Allah."
Langit tidak selalunya indah..
Setiap daripada kita pernah melakukan kesilapan dalam hidup..
Setiap orang ujiannya berbeza..
Ada yang diuji dengan kewangan,ada yang diuji dengan kesihatan,
dan ada pula yang diuji dengan pelbagai lagi ujian..
Kadangkala kita tidak pernah meyangka ia akan terjadi dalam
kehidupan di dunia..Itulah takdir-Nya..
Namun begitu,kita disarankan agar sentiasa memperbaiki kekhilafan
diri..Jika hari ini kita melakukan kemaksiatan,kemungkaran atau apa
sahaja tegahan dari Illahi,pastikan ia tidak berterusan pada hari-hari
yang mendatang..perbaikilah diri,mohonlah ampunan dari Illahi..
Lawanlah nafsu,lawanlah syaitan..Umat Islam sentiasa BOLEH!!
Sedarkah kamu?
Sebenarnya kamu adalah hambaNya yang beruntung..
Sangat-sangat beruntung..Kerana Dia menyayangimu..
Dia tidak membiarkan kamu sentiasa melakukan kemungkaran..
Ramai yang menegurmu,tanda kamu turut disayangi oleh manusia..
Ayuh,kita teruskan perjalanan hidup ini dengan sentiasa memperbaiki diri..
Dan ajaklah orang lain untuk sama-sama memperbaiki diri..
Semoga hidup kita diberkati dan diredhai Illahi..
Jika kamu miskin,mintalah pertolongan pada Allah kerana
Dia Maha Kaya..Jika kamu sakit,mintalah pertolongan pada
Allah kerana Dia ada ubatnya.Jika kamu mempunyai sebarang
masalah,mohonlah pertolongan dari Allah kerana Dia ada
jalan penyelesaiannya..
Sentiasalah bersangka baik pada Allah..Kelak,Dia pasti akan beri rezeki
pada jalan yang tidak disangka-sangka..Insya Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment