Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Tuesday, August 16, 2011

::Benteras keluhan tingkatkan kesyukuran::


‎Setiap kurniaan yg Allah berikan pada kita hendaklah kita syukuri dan hargai, Tetapi sebaliknya berlaku pada kita semua yang sering alpa, apabila dikurniakan sesuatu kpd kita, pastinya kita kurang menghargai akan kehadiran sesuatu kurniaan itu.

Pada zaman Saidina Umar al-Khatab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit." Doa beliau didengari oleh Saidina Umar ketika beliau(Umar) sedang melakukan tawaf di Ka'abah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah!masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit). Apakah tidak ada permintaan yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firmanNya dam surah Al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:" Sesungguhnya Kami(Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur." Aku mohon agar Allah masukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah." jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu."

Subhanallah. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang sedikit ini. Amin...

Hargailah dan syukurilah sesuatu yg hadir kepada kita dengan baik, sebelum ianya hilang dari pandangan kita..

No comments:

Post a Comment