Kamu adalah rahsia Allah yang telah ditetapkan buatku yang mampu ku ungkaikan melalui jambatan istikharah. Semoga ianya akan terjawab melalui sujud yang kita labuhkan kepadaNya.
Bakal 'Imamku'..
Dalam perjalananku untuk bertemu denganmu, satu trajedi telah berlaku padaku.semua keperluan yang kubawa bersamaku musnah dijilat api. Duit, kad ATM dan bermacam-macam lagi tidak dapat ku selamatkan. Namun hanya satu yang turut ku bawa ketika itu sempat ku ambil dan ku peluk erat di dadaku. 'Peta kehidupan' iaitu Al-Quranul Kareem! Itulah mimpiku di hening pagi tatkala aku mengharapkan petunjuk dari Illahi siapakah bakal suamiku. Bagiku ada maksud yang tersirat di sebaliknya. Subhanallah...
Bakal suamiku..
Aku yakin pilihan Allah adalah yang terbaik bagiku. Walau siapapun kamu, rupa parasmu, hartamu, atau apa sahaja yang ada padamu bukanlah menjadi pilihanku nombor satu. Aku menerimamu kerana Agamamu! Aku yakin kamu dapat membimbingku ke jalan yang diredhai Tuhan Yang Satu.
Wahai pasangan hidupku..
Aku menunggu lafaz akad yang dapat membimbingku ke Jannah Illahi. Bawalah aku mencintaiNya lebih daripada segala-galanya. Sebagai tanda syukur kita kepadaNya yang telah menganugerahkan rasa cinta antara kita.
Pelengkap hidupku..
Izinkan aku mencintaimu seutuhnya. Akan ku jadi permaisuri hidupmu yang solehah. Cukuplah kamu duhai ****** sebagai 'imamku'. Ketika kamu hadir dalam hidupku, takkan ku biarkan hati ini terbuka untuk insan yang lain. Insya Allah...
Ya Allah..Jika benarlah dia diciptakan untukku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Izinkanlah kami melayari hidup ini bersama. Jodohkanlah kami. Rabbulizzati, kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." Amin..
husna !!!!!!!!!!!!!1 mimpi ni ke?
ReplyDeletemaksudnya?yg atas tu mmg kte mimpi...
ReplyDelete