Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu..
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu..
Ampunkan dosaku terimalah taubatku..
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai..
Dengan rahmatMu ampunkan aku oh Tuhanku..
Sudah menjadi lumrah bahawa tidak ada seorang manusia pun yang sempurna. Manusia sering melakukan salah dan dosa. Lupa dan khilaf sudah menjadi lumrah yang akan menimpa pada setiap daripada kita. Tidaklah Nabi mengatakan sebaik-baik manusia adalah orang yang tidak pernah bersalah kerana tidak ada seorang pun manusia yang ma'sum(terpelihara daripada kesalahan) kecuali para Nabi. Namun begitu, Rasulullah menegaskan bahawa orang-orang yang bertaubat dan mengakui kesalahan serta kembali kepada kebenaran adalah yang terbaik di antara mereka.
Rasulullah SAW bersabda,"Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mahu bertaubat." (HR Ibnu Majah)
Bertaubatlah kepadaNya selagi nyawa masih ada. Walau kita merasakan yang kita telah terjatuh jauh dari sekian banyak dosa dan kesalahan,janganlah kita berputus asa untuk mendapatkan keampunanNya.Sesungguhnya Allah itu amat luas rahmatNya. Sesiapa yang berputus asa dari ramhat Allah bererti dia sendiri yang telah menyempitkan rahmat Allah. Padahal rahmat Allah itu amat luas, dan Allah mengampuni semua dosa hambanya bila ia mahu bertaubat kepadaNya.
Sabda Rasulullah,"Kalau sekiranya kalian mempunyai dosa atau kesalahan sampai memenuhi langit, kemudian kalian bertaubat,nescaya Allah akan menerima taubat kalian."(HR Ibnu Majah)
"Katakanlah:"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri.janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (39:53)
Ya Allah,ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, adik-beradikku, kaum keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan seluruh kaum muslimim muslimat walau di mana mereka berada.Ampunilah dosa-dosa kami samada yang sengaja kami lakukan atau tidak sengaja kami lakukan, samada yang kami lakukan secara nyata mahupun secara tersembunyi. Hanya kepadaMulah kami mengharapkan keampunan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun.Amin..
No comments:
Post a Comment