Saidina Ali r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,"sabar itu ada tiga:-
Sabar terhadap musibah
Seseorang yang sabar dan tidak berasa marah terhadap musibah yang menimpanya dan dia menerima musibah itu dengan hati yang terbuka,maka Allah SWT memerintahkan malaikat mencatatkan baginya 300 darjat di Luh Mahfuz yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu adalah seperti langit dan bumi.
Sabar dalam ketaatan
Barangsiapa yang bersabar dalam mengerjakan ketaatan dan menanggung kesukaran ketaatan itu,maka Allah akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat dengan satu darjat yang lain seperti permukaan atas bumi hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
Sabar dalam menahan kemaksiatan
Barangsiapa bersabar dalam perkara maksiat yakni meninggalkan segala perbuatan maksiat maka Allah akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke arasy.Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya.
Jadi,marilah kita sama-sama melatih diri untuk menjadi insan yang sabar supaya kita dikurniakan darjat yang terbaik di sisiNYA.Insya Allah.."Sabar itu separuh dari iman"
Jadi,marilah kita sama-sama melatih diri untuk menjadi insan yang sabar supaya kita dikurniakan darjat yang terbaik di sisiNYA.Insya Allah.."Sabar itu separuh dari iman"
IMAN + PENDERITAAN + SABAR = SYURGA
memang sebagai seorang hamba kita banyak diuji..itulah kuasa Allah yang mahu melihat sejauh mana tahap kesabaran seorang hambaNya..
ReplyDeletemoga kita dipermudahkan untuk melalui segala cubaan yang mendatang..