“Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)
-Tiada seorang pun setiap harinya melainkan ia sebagai tamu,dan hartanya sebagai pinjaman. Tamu harus berangkat meninggalkan tempat, sedangkan pinjaman harus segera dikembalikan.
(Abdullah bin Mas’ud)
Siapa yang pada pagi harinya menjadikan dunia ini sebagai kepentingan yang utama, maka Allah akan melazimkan dalam hatinya 3 macam:
1) Kerisauan yang tidak putus-putus selamanya.
2) Kesibukan yang tidak ada istirehatnya untuk selamanya
3) Rasa kefakiran yang tidak ada penghujungnya sampailah ia mati
Dunia Ini Hanya Milik 4 Orang Sahaja...
Sesiapa yang memiliki empat perkara tersebut, bererti dia telah menggenggam dunia seisinya!! Janganlah bersedih jika kehilangan sesuatu di dunia ini dan jangan pula bersedih jika kehilangan harta benda, kedudukan, atau urusan dunia yang lain. Ketahuilah bahawa "semua yang ada hanyalah milik Allah,kita hanya mengusahakan sahaja."