Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Thursday, April 29, 2010

::Perolehi 5 Perkara::



Keberkatan rezeki
melalui Israq & Dhuha Cahaya dalam kubur melalui Tahajud Mudah menjawab soalan kubur melalui Tilawh Quran Mudah meniti titian sirat melalui Puasa & Sedekah
Perlindungan di bawah naungan 'Arash Allah melalui Zikrullah

Friday, April 23, 2010

::Cinta dunia vs Cinta akhirat::


Antara 2 cinta,hanya 1 yang perlu kita pilih.
Cinta dunia : sering melalaikan
Cinta akhirat : kekal selamanya

Rebutlah cinta kedua kerana pasti di sana adanya syurga,
juga di sana bahagia menanti..
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan
yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan,
cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya
dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.

Thursday, April 15, 2010

::Sayangi Iman::


Assalamualaikum pembuka bicara..
Moga kalian sihat sejahtera..Sihat rohani,sihat jasmani..




Iman???
Iman adalah satu nikmat Allah SWT yang bersifat
serba guna..Kerana itulah ia menjadi anugerah Allah
yang termahalbuat insan yang dikasihiNya..
Sayangilah iman jika benar-benar mahukan syurga...
Binalah iman agar sejahtera daripada dosa..
Iman adalah penawar Rabbaniah..

p/s: buat sahabat-sahabat,ayuhlah kita
sama-sama memperbaharui iman..Berusaha dan
bersungguh-sungguhlah memupuk dan membina
iman di dalam jiwa agar kita sejahtera daripada dosa
dan noda..ketahuilah bahawa nafsu dan syaitan tidak
pernah berehat daripada menjerat anak Adam
ke dalam perangkapnya.Moga rahmat Allah SWT
benar-benar akan melimpahi hidup kita..

Tuesday, April 13, 2010

::Maafkan Teman::


Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

Lagu & Lirik: Ahmad Fadzli Bakar
BMG PUBLISHING (M) SDN BHD