Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Friday, August 6, 2010

::Ramadhan Bulan Berkat::


Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

::Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan::


Mari sama-sama kita mulakan dengan bacaan Basmallah. Semoga setiap pekerjaan yang kita lakukan dianggap ibadah oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran dariNYA. Insya Allah...

Ya Allah,rindunya kami pada satu bulan yang Engkau Ya Allah ciptakan khusus untuk kami sebagai hambaMu. Beruntungnya kami...Alhamdulillah. Perasaan berkobar-kobar, gembira, sedih, takut dan macam-macam lagi bermain di benak kami untuk melangkah di bulan yang penuh barakah ini, Ramadhan Al-Mubarak."Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan."

Kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan disebut di dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Hai orang2 yang beriman,diwajibkan bagimu berpuasa,sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu, Mudah-mudahan kamu bertakwa" (Al-Baqarah:183)

Ramadhan??maksud Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri. Menahan diri daripada apa?Makan,minum,dan yang paling besar ialah hawa nafsu. Ketika bulan yang mulia ini, dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan. Jadi segala2nya adalah bergantung pada diri kita sendiri..Baik ataupun buruk. Adalah lebih baik sekiranya kita membuat perancangan awal untuk kita merancang aktiviti2 yang akan kita lukukan pada bulan ini. Bermulalah pada 1 ramadhan hinggalah ke akhir ramadhan. Contohnya, berazam untuk mengkhatam al-Quran sebanyak 2 kali iaitu pada pertengahan dan pengakhiran ramadhan, mengafal juzu' Amma, dan sebagainya..Sebagaimana kita merancang untuk study,masa membuat assignment,masa untuk discussion, begitu jugalah kita merancang untuk memastikan bulan ramadhan ini kita penuhi dengan perkara2 yang berfaedah.Inilah masa yang paling sesuai untuk kita mendsiplinkan diri kita dan memperbaiki segala kelemahan yang ada.Ketahuilah bahawa pahala yang akan kita perolehi adalah berlipat kli ganda. Rebutlah peluang ini wahai saudara-saudara seIslam ku sekalian..

Sambutlah Ramadhan ini dengan gembira kerana timbulnya perasaan rindu untuk beramal ibadah kepada Allah, dan iringilah pemergian Ramadhan dengan tangisan kerana mungkin inilah Ramadhan yang kita yang terakhir...Wallahualam.