Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Tuesday, February 15, 2011

::Ujian Hidup::

Assalamualaikum warahmatullahiwabakatu...
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?Sudah lama rasanya ana
tak update blog ana. "ppt4.blogspot.com".hampir terlupa ana
dengan addressblog ni.Masya Allah!

Dikesempatan ini ana ingin berkongsi sebuah kisah di mana
sahabat ana di uji oleh Allah sebaik sahaja menghantar ana ke
stesyen bas di sri putri,skudai baru-baru ni. Nak dipendekkan
cerita, ketika sahabat ana ingin pulang semula ke UTM, "DUMM!!
tiba-tiba bunyi kuat menerpa di telinga ana.keadaan yang ketika
tadi seakan tenang,sekelip mata saja menjadi riuh-rendah.ana
terus memalingkan muka ke belakang dan terlihatsahabat ana
jatuh tersungkur dari motor.'innalillahiwainnailahirojiun'ana
melihat sendiri kejadian tersebut! Namun,Alhamdulillah,Allah
masih menyayangimu sahabatku........

Hidup ini penuh dengan liku-liku.Tidak indah hidup andai sepi
dari ujian dari Yang Maha Esa.Kerana itulah tanda Allah menyayangi
kita,tidak dibiarkan kita hanyut dalam kelazatan dunia.Sedarilah,
kita hanya insan biasa yang lemah di sisiNya.Jadi marilah sama-sama
kita menadah tangan memohon kepadaNya agar kita tabah,redha
dan sabar menghadapi ujianNya.


"Ya Allah,berikanlah kekuatan padaku untuk menghadapi ujian dariMu walaupun ujian yang Kau berikan ini kadangkala terasa begitu memeritkan.Jika ini ujian yang selayaknya untuk ku lalui, bantulah aku agar aku redha dan bersyukur dengan segala ujian dariMu.amin..."

Bersabarlah,sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.Ujian Allah ini bukan satu penyiksaan tetapi hakikatnya dirimu insan terpilih yang layak menerima rahmat dariNya jika dirimu sabar dan redha. Insya Allah...

No comments:

Post a Comment