Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Tuesday, June 28, 2011

::Laplah Air Mata Itu::


Sedih..
Air mata mengalir di pipi..
mengenangkan nasib diri...
hari berganti hari..
namun,diri ini masih sendiri..
Menghadapi segalanya seorang diri..
Tiada teman,tiada yang dapat menemani..
Hanya air mata menjadi peneman diri..
Aku sunyi..............

Namun,aku tahu aku perlu tabahkan hati..
Aku perlu kuatkan diri..
Sembunyikan segala kesedihan yang bersarang di hati..
Aku tidak mahu merisaukan dan menyusahkan sesiapa lagi..
Biarlah aku sendiri,menghadapi segalanya sendiri...

Tetapi..........
Aku masih ada yang lebih berharga dalam hidup ini..
Yang sentiasa menguatkan aku dikala kesedihan mengunjungi diri..
Allah Tuhanku yang sentiasa menjadi tempatku mengadu akan diri..
Dikala senang mahupun susah, Dia sentiasa menemani..
Al-Quran menjadi teman setiaku ke sana-sini..
Zikrullah penawar duka di hati yang sepi..

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia burukbagi kamu.
dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang
kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)

"Kesedihan itu bakal beroleh kegembiraan bila kita menyelak erti syukur
atas rasa kesedihan yang kita alami.Selaklah dengan penuh teliti dan redha
kerana mungkin tanpa kesedihan, kita tidak akan bertemu kegembiraan."

No comments:

Post a Comment