::2 - 2 = 0::
Setiap orang pasti mempunyai pengalaman tersendiri yang menyebabkan hati menjadi duka. Tidak kiralah ianya berlaku semalam, kelmarin, seminggu atau sebulan yang lepas, atau mungkin bertahun2 yang lalu.Apakah sebenarnya yang menyebabkan kita berduka hati?Cuba kenali puncanya..Pagi tadi,ana ada mendengar pengisian rohani di tv3 dalam rancangan Hidayah yang di sampaikan oleh seorang ustaz.Ustaz tersebut membahagikan punca bersedih kepada 2 bahagian- luaran dan dalaman. Secara genaralnya perasaan sedih hadir disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan diri sendiri. Apa yang dimaksudkan di sini ialah sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang ada pada diri/ membanding2kan kekurangan diri sendiri dengan orang lain. Selain itu, penyebabnya ialah disebabkan oleh perbuatan pihak lain terhadap diri kita. Ini menyebabkan kita berasa diri kita tidak dihargai..
Setelah kita mengenali punca mengapa kita bersedih, kita kenali pula tindakan yang boleh kita ambil untuk mengatasi kesedihan yang dialami.Di sini ana akan kongsikan 1 resepi untuk meleraikan kesedihan dalam diri.Antaranya ialah:
1) Melupakan masa lalu atau perkara2 yang pernah berlaku dalam diri kita yang membawa kepada kesan negative.
2) Menyibukkan diri dengan perkara2 yang berfaedah
3) Menerbitkan rasa syukur atas segala yang diperolehi4) Melancong atau membawa diri ke tempat selain tempat yang biasa kita duduki.
2-2=0
Ini sebenarnya adalah formula yang perlu kita ambil perhatian..
2 yang pertama ialah 2 perkara yang perlu kita ingat:
- Perkara baik yang orang pernah buat pada kita
- Perkara buruk yang pernah kita buat pada orang
2 yang seterusnya ialah 2 perkara yang tak perlu kita ingat:
- Perkara baik yang kita pernah buat pada orang- Perkara buruk yang orang pernah buat pada kitaJadi, jika kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-harian, Insya Allah kita pasti akan menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan hidup sentiasa dalam ketenangan. Janganlah kita bersedih andai tidak mendapat nikmat dunia kerana dunia ini ibarat seteguk air, sepotong roti, dan bayang-bayang..
sgt menarik sahabatku syg...terima kasih bkongsi ilmu=)
ReplyDeleteAlhamdulillah.sama2 my dearest friend.. (",)
ReplyDeletealhamdulillah.. jazakallah for da sharing.. (n_n)
ReplyDeletesama2 En Pidot_Otai..Sekadar berkongsi.semoga ada manfaatnya yg boleh diambil.Insya Allah..
ReplyDelete