Sakit tekak?Batuk?Selsema?Demam?......
Time2 raya macam ni timbul pula rasa tak sihat. Kenapa ye? Ada yang kata mungkin sebab minum air batu banyak sangat. Mungkin jugak faktor cuaca. Walauapa pun penyebabnya, bersabarlah duhai diri. Sakit tu kan penghapus dosa. Jadi, berlapang dadalah menghadapinya. Alhamdulillah..
Maksud Hadis Qudsi: "Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa-dosa."
Nasihat demi nasihat di terima. Pergilah klinik. Sakit tu jangan dibiarkan. Jangan lupa makan ubat tau.
Rasulullah SAW bersabda,"Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit ia akan sembuh dengan izin Allah."
Buat semua di luar sana dan untuk diri ana terutamanya, hargailah kesihatan diri kerana kesihatan merupakan nikmat yang sangat berharga. Diri kita ni kan milik Allah. Jadi, menjaga kesihatan itu adalah amanah dari Allah buat kita semua. Jaga diri baik2 tau... ^_^
sindrom biasa lepas raya.. Lemangitis dan ketupatrok dihadap tak igt.. hehe
ReplyDeletesaintifiknya nama..=)
ReplyDeletehehe.. semoga cepat baik ye.. ujian hadir buat penghapus dosa dan pemangkin iman.. syafakillah..
ReplyDeleteSyukran..
ReplyDelete