19032010..inilah tarikh hari ini iaitu bersamaan dengan 3 Rabiul Akhir 1431H iaitu hari Jumaat hari yang penuh barakah.. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana sehingga ke hari ini dan saat ini, kita semua masih lagi diberi nikmat yang tidak terhingga olehNya yakni nikmat menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida untuk kita meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.
"....Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..." (14:34)
Sejak akhir-akhir ni,apa yang ana perhatikan dan mungkin antuna juga perasan di mana di tempat kita tidak kira di mana jua kita berada,cuaca kini tidak menentu.Sekejap panas sekejap sejuk. Ada kala terasa bahang dek panas matahari dan kadang kala pula terasa teramat sejuk dek hujan yang turun.Namun kehidupan perlu diteruskan.Ketahuilah bahawa semua ini membuktikan kekuasaan Allah SWT.Allah adalah sebaik-baik pengatur.
Kesihatan????!!!!
Antara nikmat kurniaan yang tidak ternilai harganya ialah nikmat kesihatan. Dengan kesihatan yang baik kita semua dapat menjalani kehidupan dengan sempurna di mana kita dapat melaksanakan kerja dan aktiviti harian dengan baik dan lancar. Disamping itu kita juga dapat menunaikan ibadah kepada Allah SWT dengan sempurna.Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mewarnai kehidupan seseorang Muslim.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:-
"Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia,iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (HR Bukhari)
Namun perlulah diketahui bahawa kesihatan menurut perspektif Islam bukan hanya tertumpu kepada kesihatan jasmani semata-mata tetapi turut merangkumi kesihatan rohani dan jasmani.
Lumrah manusia dan segala benda hidup ciptaan Allah seperti tumbuhan dan haiwan memerlukan makanan untuk hidup.Dengan makanan tersebut akan memberikan kita tenaga dan dengan tenaga itulah dan dengan izin Allah kita akan menjadi kuat dan sihat.Jika nasi,roti dan sebagainya adalah makanan jasmani,maka apakah pula makanan rohani??? Jawapannya ialah setiap perkara yang kita lakukan untuk mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT.Contohnya sepeti membaca Al-Quran, berzikir, Qiamullail dan sebagainya. Cuba kita senaraikan sebanyak mungkin makanan-makanan rohani di atas sehelai kertas dan berusahalah untuk mengamalkannya!!
Insya Allah,untuk kali ini ana hanya nak kongsi serba sedikit tentang info kesihatan iaitu mengenai 'PETUNJUK DARIPADA LIDAH'.
Jika lidah berwarna....
a) Kekuningan = kekurangan darah dalam jumlah yang cukup tinggi
b) Kebiruan = terdapat gangguan pada jantung atau alat pernafasan
c) Merah mawar = Sihat
d) Merah pucat = kurang darah merah (anemia)
e) Dilapisi lendir = demam atau gangguan penghadaman
f) Lidah bergetar = keracunan atau gangguan saraf
Wallahualam..
jazakallah atas tips kesihatan dan peringatan ni.. (n_n)
ReplyDelete