Alhamdulillah dengan izin Allah SWT,sekali lagi ana diberi kesempatan olehNya untuk meng'update' blog ini yang sekian lama ana tinggalkan..Mungkin kerana terlalu banyak tanggungjawab yang perlu ana selesaikan.Test,assignment,presentation,task halaqoh dll..Tapi ana tahu semua tu tak sepatutnya dijadikan alasan untuk berkongsi ilmu-ilmu akhirat di blog yang tak seberapa ni.Seorang sahabat ana pernah bertanya,"kenapa manusia khususnya pelajar,mahasiswa-mahasiswi sering menjadikan test sebagai alasan untuk tidak beramal ma'ruf nahi mungkar?"itu persoalannya..Kononnya terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk melakukan perkara yang di luar daripada bidang pelajaran atau course-course yang diambil di sekolah atau di mana-mana universiti.Cuba kita renungkan kembali (lebih-lebih lagi ditujukan untuk ana sendiri) ,apa yang kita sibukkan sebenarnya?adakah kita sibuk mengejar kemewahan hidup di dunia ini yang kita sendiri tahu ianya bersifat sementara atau adakah kita sibuk mencari bekal untuk dibawa di akhirat kelak?Yang manakah lebih baik daripada kedua-dua tersebut?sama-samalah kita renungkan wahai sahabat-sahabatku sekalian..Ana suka untuk memetik kata-kata daripada Imam Hassan Al-Banna yang mana beliau mengatakan...
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada".
Ternyata masa itu sangat penting!!Masa itu ibarat pedang.Jika kita tidak memotongnya.ia akan memotong kita..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (103:1-3)
Jadi ibrahnya di sini,sama-samalah kita gunakan masa dengan sebaik-baiknya agar kita dapat laksanakan segala tugas,amanah dan tanggungjawab kita dengan sempurna.Benar....kita adalah seorang pelajar atau pekerja,tapi jangan lupa ye saudara-saudara seislamku..tugas kita sebagai hamba Allah dan juga khalifahtullah!!!Selamat beramal..Moga berjaya dunia dan akhirat.Amin..
No comments:
Post a Comment