Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Sunday, February 27, 2011

::Flow of Life::


exam --> tiru --> lulus
exam --> tiru --> lulus --> kerja
exam --> tiru --> lulus --> kerja --> gaji
exam --> tiru --> lulus --> kerja --> gaji --> keperluan harian

Kita??
Jika ini berlaku, ketahuilah bahawa hidup kita tidak akan berkat
sampai bila-bila.Walaupun hidup kita senang,dikagumi oleh manusia
namun di sisi Allah tiada nilainya.Kita tidak mampu untuk memutarkan
kembali masa lampau, seperti dalam cerita Doraemon,jadi apa yang
mampu untuk kita lakukan untuk meraih kembali keberkatan hidup ialah
dengan bertaubat atas kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan.
BERTAUBATLAH."Ala,buat je dulu.tiru je.kalau tak tiru nanti markah rendah,
nanti taubatlah"Jangan sekali-kali kita melengah masa untuk bertaubat
kerana belum tentu lagi kita sempat atau pun tak.Renungan bersama.....

-----------------Moga hidup kita sentiasa diberkatiNya------------------

::Launching Of IEM-UTM Young Women Engineers (YWE) Section and Circle Leadership Training::

By Ir.June Lau Yuk Ma; First Admiral Dato' Ir Hj Ahmad Murad Hj Omar

Leadership.......
1) If you loss your creativity,you will loss the productivity
2) It is not what you say,it is how you say it
3) Important!!Believe what you have
3) POWER OF NOW!More focus in whatever you do
4) Knowledge --> Skills --> Application
5) Success is going from failure to failure without loss of ethusiasm
6)You can train to be a leader!

Rasulullah SAW adalah contoh pemimpin yang TERBAIK!!

Friday, February 25, 2011

::Isteri Solehah::


..Isteri adalah amanah buat suami..
Rumahtangga yang bahagia idaman setiap manusia..
Rumahtangga yang bahagia lahir daripada isteri yang solehah..
Setiap lelaki impikan seorang isteri yang solehah..
dan setiap wanita ingin menjadi isteri yang solehah buat suaminya..

Rasulullah SAW memandang rumahtangga merupakan suatu nikmat
yang terbaik.Baginda bersabda,"Dunia ini penuh dengan kenikmatan,
sebaik-baik nikmat itu adalah isteri yang solehah". - Muttafaq'alaih-

-Moga kelak diriku mampu menjadi isteri solehah dan yang terbaik
buat suamiku..Amin Ya Allah.-
-Akan ku usaha untuk mencontohi rumahtangga Rasulullah SAW. Insya Allah.-

Thursday, February 24, 2011

::Jodoh::



"Jodoh itu rahsia Allah.Di sisi kita pasti tersedia seseorang. Bila?Siapa?Di mana?
Dia yang berhak menetukan.Kalau tidak di dunia ini, mungkin nun di syurga
menanti.Kita sebagai hambaNya persiapkanlah apa yang sepatutnya.."

"Ya Allah,aku memohon cintaMu, dan cinta orang yang menyintaiMu, dan
cinta orang yang beramal soleh mendekatkan aku kepada cintaMu.Amin.."

::Berdoalah::


"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu,nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir:60)

"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa". (Riwayat At-Tirmizi)

Tuesday, February 15, 2011

::Ujian Hidup::

Assalamualaikum warahmatullahiwabakatu...
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?Sudah lama rasanya ana
tak update blog ana. "ppt4.blogspot.com".hampir terlupa ana
dengan addressblog ni.Masya Allah!

Dikesempatan ini ana ingin berkongsi sebuah kisah di mana
sahabat ana di uji oleh Allah sebaik sahaja menghantar ana ke
stesyen bas di sri putri,skudai baru-baru ni. Nak dipendekkan
cerita, ketika sahabat ana ingin pulang semula ke UTM, "DUMM!!
tiba-tiba bunyi kuat menerpa di telinga ana.keadaan yang ketika
tadi seakan tenang,sekelip mata saja menjadi riuh-rendah.ana
terus memalingkan muka ke belakang dan terlihatsahabat ana
jatuh tersungkur dari motor.'innalillahiwainnailahirojiun'ana
melihat sendiri kejadian tersebut! Namun,Alhamdulillah,Allah
masih menyayangimu sahabatku........

Hidup ini penuh dengan liku-liku.Tidak indah hidup andai sepi
dari ujian dari Yang Maha Esa.Kerana itulah tanda Allah menyayangi
kita,tidak dibiarkan kita hanyut dalam kelazatan dunia.Sedarilah,
kita hanya insan biasa yang lemah di sisiNya.Jadi marilah sama-sama
kita menadah tangan memohon kepadaNya agar kita tabah,redha
dan sabar menghadapi ujianNya.


"Ya Allah,berikanlah kekuatan padaku untuk menghadapi ujian dariMu walaupun ujian yang Kau berikan ini kadangkala terasa begitu memeritkan.Jika ini ujian yang selayaknya untuk ku lalui, bantulah aku agar aku redha dan bersyukur dengan segala ujian dariMu.amin..."

Bersabarlah,sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.Ujian Allah ini bukan satu penyiksaan tetapi hakikatnya dirimu insan terpilih yang layak menerima rahmat dariNya jika dirimu sabar dan redha. Insya Allah...