Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Sunday, May 8, 2011

::Tiada Tandingan Tiada Pengganti::

"Ibu Mithali ibu yang sejati, kasih sayangmu kasih yang suci, pengorbananmu di sanjung tinggi jasamu tetap di sanubari...Ibu oh ibu hatimu suci tulus ikhlasmu mendidkku sanggup bersusah dan menderita demi kebahagiaan sekeluarga.." [Ibu Mithali:Rabbani]

Sayu je hati bila mendengarkan lagu ni. Teringat mak di rumah. Apalah yang mak tengah buat sekarang ni ye.Sihat ke mak?Cuba renungkan berapa kerap kita bertanya khabar mak kita yang jauh di mata?Adakah kita sekadar tunggu mak kita yang menelefon kita untuk bertanyakan khabar kita terlebih dahulu?Kenapa kita tidak mulakan?

Mak,ibu,mama,ummi,mummy adalah panggilan yang berbeza tetapi sumbangannya sama! Besarnya pengorbanan seorang ibu yang sampai bila-bila pun kita tidak mampu membalasnya walaupun bejuta-juta ringgit kita berikan. Cuba kita tanya diri kita, selama ni kita lebih banyak membuatkan ibu kita resah gelisah atau kita lebih banyak mencari jalan menggembirakannya. Ingat ye..keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu,dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ayah ibu.



"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (31:14)

46:15

Tataplah wajah ibu kita yang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya kerana setiap kali kita memendang wajah ibu,setiap kali itu juga kita akan mendapat pahala! Sayangilah insan yang bergelar ibu dalam hidup kita selagi ibu kita masih ada..Bersyukurlah kerana lahirnya kita di dunia ini,kita masih berpeluang menatap wajah ibu kita kerana tidak semua orang mempunyai peluang yang sama..Sayang mak "Puan Hjh Normah M. Yusoff"

::Tetamu Dalam Hidup::


Sakit?atau terdapat kekurangan atau kecatatan pada diri?

Mesti ada antara kita yang akan berasa sedih,merasakan hidup ni kosong,tiada makna lagi,rasa rendah diri, atau pelbagai macam lagi perasaan yang hadir dalam diri. Lebih-lebih lagi sakit yang jarang-jarang orang lain hidapi. Penyakit yang meninggalkan parut pada diri,menampakkan kekurangan diri,atau sebagainya.Tapi,tanya balik pada diri.Siapa sebenarnya yang memberi sakit?Adakah kita yang minta??Ketahuilah bahawasanya sakit juga merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah.Kenapa dikatakan nikmat?Cuba kita fikir,apa yang akan kita lakukan apabila kita sakit.Ya, kita akan lebih banyak mengingati Allah!lebih banyak merayu pada Allah daripada kebiasaannya.Subhanallah..di situ kita dapat lihat dah berapa banyak pahala yang dapat kita kumpul kerana setiap kali kita menyebut nama Allah setiap kali itu jugalah kita dapat menambahkan simpanan pahala dalam tabung amalan kita.

Cuba kita renung kembali,sepanjang hidup kita kalau kita buat kira-kira berapakah nisbah hari sihat yang Allah kurniakan pada kita berbanding hari sakit.Sudah pasti sihat lebih tinggi nisbahnya daripada sakit.

“Jadi nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Setiap yang Allah jadikan di dunia ini berpasang-pasangan.Pasangan sihat ialah sakit.Tapi,biasanya sihat takde kawan.sorang-sorang je.Kesian sihat.Kalau sakit datang nak jumpa sihat, orang akan merungut, mengeluh, marah pada sakit. Bukan selalu sakit datang.sekali-sekala je.Jadi,berlapang dadalah menerima kehadiran sakit sebab sakit nak mengubati kehidupan sihat yang selalu kesunyiaan kerana keseorangan. Sakit merupakan tetamu dalam hidup!

Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidaklah Allah menurunkan (mentakdirkan) suatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya.” (HR Bukhari)

Setiap sakit ada ubatnya.Carilah dan teruskan mencari.Carilah dengan sabar. Kadangkala,kita berulang-alik ke klinik untuk mendapatkan ubat.Itu adalah salah satu cara.Kadang-kala pula tanpa kita sedari dengan amalan kebaikan yang kita lakukan contohnya bersedekah,menjadi penawar kepada sakit yang kita hadapi selama ini.Allahuakbar!Allah berkuasa di atas segala-galanya. Yang penting,teruskan berdoa pada Allah..


Jangan mengeluh, jangan menyalahkan Allah di atas penyakit yang menimpa kerana setiap penyakit yang menimpa merupakan penyucian kepada dosa-dosa yang lalu. Tidaklah Allah menurunkan cubaan kepadamu kerana sayang Nya padamu.

Bersabarlah..semoga dengan ujian daripada Allah ini akan menambahkan lagi kekuatan dalam diri.Kuatkan semangat!!Allah sentiasa bersama kita..


Belum tentu lagi nikmat sihat yang ada pada kita sekarang akan kekal selama-lamanya. Bila-bila masa saja Allah boleh tarik kembali nikmat yang diberi..Jadi bersyukurlah sentiasa……………