Aisyah melihat jam berwarna hijau yang tergantung di dinding kamarnya. Tik..Tik..Tik..bunyinya kedengaran memecah kesunyian pagi. Dilihatnya jam telah pun menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Aisyah terjaga daripada tidur di kala insan lain sedang asyik dilamun mimpi. Dalam keadaan mata yang terkebil-kebil menahan kemengantukan yang melanda, namun Aisyah gagahkan juga dirinya untuk bangkit seawal pagi itu. Ini semuanya kerana cinta! Rindunya semakin dalam....
Dengan lafaz bismillah diikuti dengan puji-pujian kepadaNya, Aisyah meleraikan selimut yang menjadi teman setia tidurnya di malam hari. Lantas dilangkahkan kakinya menuju ke suatu bilik yang sangat dingin suasananya. Errrggghhh.... Aisyah menggigil kesejukan. Namun,kesegaran mula dirasai. Syukur Alhamdulillah. Aisyah memanjatkan kesyukuran kepada Illahi. Anggota badannya telah berjaya disaluti dengan wudhu' di kala itu.
Usai sudah satu tugasannya. Kini, Aisyah melangkahkan pula kakinya ke suatu bilik yang tenang dan damai lantas membentangkan sehelai sejadah di lantai. Sejadah berwarna hijau itu membuatkan hatinya semakin tenang memandangnya. Dalam kesamaran sepertiga malam itu, Aisyah mengangkat takbir dengan penuh khusyuk. Di serahkan seluruh jiwa dan raganya hanya untukNya semata-mata demi cinta dan rindunya yang tidak berbelah bahagi. Engkaulah cinta yang pertama kami YA ALLAH!
Cinta lelaki/suami:
1) Cinta kepada Allah
2) Cinta kepada Rasul
3) Cinta kepada Ibu
4) Cinta kepada Ayah
5) Cinta kepada Isteri
Dan seterusnya.....
Cinta wanita/isteri:
1) Cinta kepada Allah
2) Cinta kepada Rasul
3) Cinta kepada Suami
Dan seterusnya.....
Walau siapa pun kita,walau siapapun yang kita cintai dan sayangi, pastikan cinta kepada Allah tetap NO 1! Cinta Allah itu mahal. Berusahalah meraih cintaNya. Dengan mencintai Allah, akan terbitlah cinta-cinta yang lain.
Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan harta, harta akan musnah.
Cintakan manusia, manusia akan mati.
Cintailah Allah kerana cinta Allah kekal abadi.
=) terima kasih atas ingatn...
ReplyDelete(^_^)
ReplyDelete