Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Tuesday, November 29, 2011

::JENG3x::

Hari ni lepas balik je dari kerja, ana terus angkut2 barang pindah tempat tinggal...Penatnya bukan kepalang..Nasib baikla ana ada kawan yang baik yang sanggup tolong punggah2kan barang ke tingkat 15!! Selesai je mengemas bilik, membasuh baju,ana pun dah tak tau nak buat apa.. Laptop dibuka.Try and success....Jeng3x...Alhamdulillah, dapat access internet walaupun without broadband. (",)

Dapatlah ana blogging dan blog working. Kalau kat tempat kerja blogspot di block!Bila on fb pulak, tgk gambar2 kahwin kawan2. Musim cuti sekolah ni memang ramai yang melangsungkan perkahwinan. Jadi, tahniah buat semua yang telah pun menjadi raja sehari. Semoga bahagia hingga ke syurga..BARAKALLAHULAKUMA :)

Friday, November 25, 2011

::Musim Hujan::


Hujan turun mencurah-curah di bumi hang tuah..
"Ya Allah,turunkanlah hujan selebat-lebatnya dengan membawa berkat dan rahmatMu ke atas seluruh alam. Ameen..."

Hujan-hujan macam ni lah masa yang paling seronok berehat..
Berehat sekadarnya sebelum esok menjelma..
Tanggungjawab dan amanah sentiasa menanti di sana..
Di mana? Di ibu negara Malaysia..
Banyaknya kerja tidak terkira...
Ibarat titisan hujan yang turun di bumi tercinta..
Semoga diberi kekuatan untuk memikulnya..

Ketika ini masih diberi peluang merasai nikmat hujan dariNYA..
Esok Lusa????

Sunday, November 20, 2011

::Di mana bumi dipijak...::

Assalamualikum, pembuka bicara..

Lama rasanya tak menjenguk blog ni. Komitment pada kerja terlalu tinggi. Tak sempat rasanya nak menjengah blog, dan website2 lain. Jika dulu, sampai je tempat kerja baca e-paper, fb, blog, dll dulu. Tapi sekarang ni tak lagi. Semuanya berubah. Mengutip pengalaman, dan pengajaran daripada persekitaran yang berbeza.

Alhamdulillah..Syukur sangat berada di tempat baru. Walaupun susah sangat nak dengar orang2 kat situ berkomunikasi antara satu sama lain dalam bahasa ibunda, namun yang paling ana respect, waktu solat dijaga, solat berjemaah diutamakan, tazkirah sebelum solat amat kerap diadakan.

Melihat kepada sirah Rasulullah SAW, perkara pertama yang Baginda lakukan setibanya di Madinah ialah membina masjid. Ini jelas menunjukkan bahawa masjid ialah asas perpaduan di dalam Islam. Dan jika di lihat di dalam mana2 organisasi,negara, dan sebagainya,faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan ialah perpaduan. Oleh itu, ayuh gerakkanlah seluruh anggota, jiwa dan ragamu menuju ke masjid/surau sebelum atau sebaik sahaja mendengar laungan azan, ".....marilah bersolat,marilah menuju kejayaan....." Walau kita sibuk macam mana sekalipun tinggalkalah segala urusan dunia kita seketika. Jika kita korbankan sedikit masa kita dan ikhlas laksankannya kerana Allah, Insyaallah pasti ada ganjarannya dari Yang Maha Esa.

"Ya Allah, tempatkanlah hamba di mana sahaja yang Engkau kehendaki selagi ia baik bagi hamba, dan sekiranya ianya adalah sebaliknya, maka bimbinglah hamba untuk menjadikannya baik dan bermanfaat buat semua. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak hamba ketahui. Ameen."

::Di mana bumi di pijak, di situ Islam dijunjung::