Assalamualikum, pembuka bicara..
Lama rasanya tak menjenguk blog ni. Komitment pada kerja terlalu tinggi. Tak sempat rasanya nak menjengah blog, dan website2 lain. Jika dulu, sampai je tempat kerja baca e-paper, fb, blog, dll dulu. Tapi sekarang ni tak lagi. Semuanya berubah. Mengutip pengalaman, dan pengajaran daripada persekitaran yang berbeza.
Alhamdulillah..Syukur sangat berada di tempat baru. Walaupun susah sangat nak dengar orang2 kat situ berkomunikasi antara satu sama lain dalam bahasa ibunda, namun yang paling ana respect, waktu solat dijaga, solat berjemaah diutamakan, tazkirah sebelum solat amat kerap diadakan.
Melihat kepada sirah Rasulullah SAW, perkara pertama yang Baginda lakukan setibanya di Madinah ialah membina masjid. Ini jelas menunjukkan bahawa masjid ialah asas perpaduan di dalam Islam. Dan jika di lihat di dalam mana2 organisasi,negara, dan sebagainya,faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan ialah perpaduan. Oleh itu, ayuh gerakkanlah seluruh anggota, jiwa dan ragamu menuju ke masjid/surau sebelum atau sebaik sahaja mendengar laungan azan, ".....marilah bersolat,marilah menuju kejayaan....." Walau kita sibuk macam mana sekalipun tinggalkalah segala urusan dunia kita seketika. Jika kita korbankan sedikit masa kita dan ikhlas laksankannya kerana Allah, Insyaallah pasti ada ganjarannya dari Yang Maha Esa.
"Ya Allah, tempatkanlah hamba di mana sahaja yang Engkau kehendaki selagi ia baik bagi hamba, dan sekiranya ianya adalah sebaliknya, maka bimbinglah hamba untuk menjadikannya baik dan bermanfaat buat semua. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak hamba ketahui. Ameen."
::Di mana bumi di pijak, di situ Islam dijunjung::
salam..
ReplyDeletehusna dapat keja baru ka?? bukan kat UTM KL??
husna kerja kat mana..
ReplyDeletebila husna nak nikah?
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Young Cookies..
ReplyDeleteSkrng berhijrah ke tempat lain plk.Mencari rezeki di bumi Allah..:)
Anonymous ni siapa ye..
Saja nak tahu..bila?
ReplyDelete