Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Monday, October 31, 2011

::Manfaatkan Hujung Minggu::



Alhamdulillah..Hujung minggu baru ni ana berkesempatan ke putrajaya sempena karnival BEST (Buat Elok Saja Tau) anjuran JAKIM. Dan ke KL Sentral; Expo Buku Islam. Dapat juga mengisi ruang2 yang ada di hujung minggu..

Jumaat (28/10/2011):

Pukul 6 petang baru saja ana nak melangkahkan kaki menuju ke stesyen LRT, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah ke bumi. Guruh berdentam-dentum, kilat sabung-menyabung. “Ya Allah, janganlah Engkau patahkan semangatku untuk ke taman syurgaMu. Permudahkanlah segala urusanku untuk menuntut ilmuMu.” Ana berdoa agar Allah masih memberi kesempatan kepada ana untuk menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam, “Cinta BEST” di dataran Putrajaya bersama sahabat ana di sekolah teknik dulu yang sudah 6 tahun tidak bertemu. Alhamdulillah..hujan beransur reda.LRT-Komuter…8.30malam ana pun sampai di stesyen Komuter UKM.Terima kasih sahabat “Aishah” yang sudi menjemput ana di sana..

Myvi putih meluncur di jalan dan akhirnya kami selamat sampai di Persint 2, Putrajaya. Alhamdulillah..Forum di sampaikan oleh 3 orang ahli panel iaitu Ustaz Don Daniyal (Tv AlHijrah), Ustaz Hariri Daud, dan Ummi Rose (Raudatus Sakinah).

Sabtu (29/10/2011)..

12.30 tengah hari, ana dan sahabat ana bertolak dari Kajang ke KL Sentral sempena Expo Buku Islam. Seronok sangat. Banyak sangat buku yang dijual terbitan Telaga Biru, PTS,….dan banyak lagi. Rasa macam nak borong banyak-banyak. Ana memang minat sangat dengan buku lebih-lebih lagi buku-buku islamik dan motivasi.Tak terasa rugi kalau beli banyak mana pun.hehehe…Pukul 3 petang, Ustaz Zahazan dijemput memberi sedikit pengisian di tapak expo.Banyak input yang diperoleh daripada pengisian yang diberikan selama 1 jam lebih.Alhamdulillah..

* Lepas ni kalau ada majlis-majlis ilmu lagi, jom kawan-kawan kita pakat pergi ramai-ramai =)

“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah Kepada Allah dan carilah (wasilah) jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." (5:35)

No comments:

Post a Comment