Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Friday, December 30, 2011

::Jumaat terakhir::


Hari ni merupakan Jumaat terakhir buatku,kamu, dan kita semua...
Jumaat terakhir 2011.. :)

Hari jumaat merupakan penghulu segala hari sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)." (HR Abu Hurairah)

Terdapat beberapa fadhilat dan peristiwa yang berlaku pada hari yang penuh kemuliaan ini untuk direnungi bersama.Antaranya ialah:

Pernikahan
1) Pernikahan Nabi Adam as dengan Hawa
2) Pernikahan Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
3) Pernikahan Nabi Musa as dengan Shafrawa
4) Pernikahan NAbi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
5) Pernikahan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6) Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
7) Pernikahan antara Saidina Ali as dengan Siti Fatimah

Berjaya Dunia akhirat
"Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli,yang demikian itu adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat." (al-Jumaah:9-10)

Doa dimakbulkan
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang bersembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan."Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Diri diterangi cayaha
Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah menerangi cayaha yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat." (HR al-Bukhari)

Selamat dari fitnah kubur
Sabda Nabi SAW, "Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat ataupun malam jumaaat melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur."

Berlakunya hari kiamat
Rasulullah SAW bersabda, "hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari arafah, dan hari yang menyaksikan ialah hari jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat." (HR Tirmidzi)

Semoga perkongsian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang hari kebesaran umat Islam. Wallahualam.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. "

Wednesday, December 28, 2011

::I sayang U::



Rasulullah SAW bersabda, "Jika seseorang itu kasih kepada saudaranya, beritahulah kepadanya yang dia kasih kepadanya." (HR Abu Daud dan Tarmidzi)

Saturday, December 17, 2011

::E.N.A.M::


ENAM macam yang disembunyikan oleh Allah di dalam ENAM perkara:
Dari Umar RA berkata,"Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan ENAM perkara iaitu:

1) Allah telah menyembunyikan radhNya dalam taat.

2) Allah telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

3) Allah telah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran

4) Allah telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan

5) Allah telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalm solat(yang lima waktu)

6) Allah telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari


Manusia sepatutnya sentiasa berada dalam ENAM jenis rasa takut:
Dari Usman RA berkata,"Sesungguhnya orang mukmin berada dalam ENAM jenis rasa takut:

1) Takut kalau Allah SWT mencabut imannya.

2) Takut kalau malaikat pencatit amal menulis perbuatannya yang akan menyebabkan terbuka aib dirinya di hari kiamat.

3) Takut kalau syaitan merosakkan amalnya.

4) Takut kalau malaikat pencabut nyawa datang mengambil rohnya dengan tiba-tiba, ketika di dalam kelalaian.

5) Takut kalau dirinya tertipu denagn dunia, sehingga ia melalaikannya dari akhirat.

6) Takut kalau keluarganya membuat dia sibuk dan lalai dari mengingati Allah SWT.


ENAM perkara yang boleh membuka pintu syura dan menutup pintu neraka:
Telah diriwayatkan dari Ali r.a bahawa beliau mengatakan, ENAM perkara yang boleh membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka iaitu:

1) Mengenal Allah lalu mematuhi (segala perintah)Nya.

2) Mengenal syaitan lalu menderhakainya.

3) Mengenal akhirat lalu mencarinya.

4) Mengenal dunia kemudian menolaknya.

5) Mengenal yang hak kemudian mengikutinya.

6) Mengenal yang batil kemudian menjauhinya.


Nikmat itu ada ENAM jenis:
Dari Ali RA yang bermaksud,"Nikmat itu ada ENAM jenis:

1) Islam.

2) Al-Quran.

3) Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah.

4) Kesihatan.

5) Tertutupnya aib.

6) Tiada mengharapkan bantuan orang.

Sunday, December 11, 2011

::Kebesaran Allah::

10122011...
Tarikh ni ana percaya ramai yang berada di luar rumah menyaksikan satu lagi fenomena alam iaitu gerhana bulan.Setiap orang pasti kagum melihatnya. Inilah bukti kekuasaan Allah.Allahuakbar!

Namun, apa yang menyedihkan ana,ana tidak berpeluang menyaksikannya.Ana keluar rumah, ke hulu ke hilir mencari sang bulan. Tetapi hampa.Kelibat bulan tidak sedikit pun kelihatan. Mungkin faktor cuaca menjadi penyebabnya..Awan mendung menutupi segalanya.."Adik ana kata, xpe nanti tengok kat internet je."Huhuhu....

11122011...
Laptop dibuka.Subhanallah cantiknya.............Walaupun ana tak dapat tengok gerhana bulan secara realiti, tetapi ana tetap bersyukur kerana ada insan-insan yang sudi mengupload gambar2 fenomena alam tersebut untuk dikongsi bersama.Terima kasih semua... (",)

Gerhana bulan penuh yang dirakam di JB malam tadi (Sumber: utusan malaysia)

Saturday, December 10, 2011

::Titiskanlah air matamu::


Bilakah kali terakhir kita menangis??
Menangis,...
merintih...
menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan..

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada yang lebih dicintai Allah selain dua titis dan dua bekas kaki. Titisan air mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang dipancarkan di jalan Allah. Manakala dua bekas kaki adalah bekas perjuangan di jalan Allah dan bekas melakukan kewajipan yang diwajibkan Allah." (HR At-Tirmidzi)

Sesungguhnya air mataku adalah milik Allah..
Akan ku gunakannya untuk mengejar 1 misi..
misi untuk menjadi hamba yang dicintai Illahi..
Wahai air mata, titislah ke bumi semata-mata keranaNYA...

Friday, December 9, 2011

::Berpagi-pagi Murah Rezeki::

Bangun pagi?Argghhh...ngantuknya.Bangun awal-awal pun tak tau nak buat apa.Baik tidur je... Opss..janganla macam tu.Ketahuilah, ketika Nabi melewati anaknya, Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu subuh, maka Baginda bersabda, "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari."(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)


Banyak yang sebenarnya yang boleh kita buat di pagi hari.Terlalu banyak...Ana just nak share antara perkara yang boleh kita buat bagi melengkapi pagi hari kita selain sarapan dan sebagainya. (ikut ranking :) )

1) Solat Subuh
2) Baca al-mathurat
3) Baca surah yaasin
4) Solat sunat isyra'
5) Solat sunat dhuha

Jadi, daripada kita tidur, apa kata kita isi masa kita dengan amalan2 yang ana nyatakan tadi. Laksanakannya dengan istiqomah. Insyaallah, kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah. Kadangkala dari jalan yang tidak disangka-sangka.. (",)

"Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." (Diriwayatkan oleh at-tirmidzi, Abu Daud danselainnya)

Wednesday, December 7, 2011

::Jemput makan (",)::

lagi..lagi..dan lagi...
apa yang lagi tu..
hari ni sekali lagi ana berjaya membuatkan dapur berasap..
But, juz a simplest one..
KUIH HIJAU!!
Opss..silap.kuih onde2/kuih gula melaka seperti gambar di bawah (ihsan daripada google image.Almaklumlah,ana xde kamera.hehe)nyummy2..sedapnya... :)


Tadi time zohor, lepas je ambil wudhu tiba2 je je terasa macam bulan ramadhan..
rasa tenang je..Syukur Alhamdulillah..
Lepas tu ntah macam mana ntah, terlintas kuih gula melaka di fikiran..
So, ana pun tekadla.lepas balik kerja nanti terus g kedai dan terus buat apa yang diidamkan..
Kawan ana kata, ana ni pelik.sebab mengidam yang pelik2..
Yang susah nak di cari..
Yeke?xpela,ye kan je la.hehe...
yang penting baik lagi halal kan.. Peace (",)

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan;kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (2:168)

Tuesday, December 6, 2011

::MOON::

Have you seen the moon tonight?or any night? Just take time to look at it!
Looking at the moon....Subhanallah..
Talking to the moon... (",)

When talk about moon, don't forget it..
Fogret?about what?
On this 14-15 Muharram 1433H / 10 December 2011 (Saturday)..
GERHANA BULAN PENUH!!


7.31pm: Bulan mula memasuki Panumbra (P4)
8.45pm: Bulan mula memasuki Umbra (U4)
10.05pm : Bermulanya gerhana penuh (U3)
10.31pm: Waktu gerhana maksima
10.57pm: Gerhana penuh tamat (U2)
12.18am: Bulan meninggalkan umbra (U1)
1.31am: Bulan meninggalkan panumbra (P1)


Actually, ana baru je tahu hari ni..
Ustaz bagitahu..Jadi, jom rebut peluang saksikan fenomena ini dan jangan lupa solat sunat gerhana jugak tau..

Panduan solat sunat gerhana:

Khutbah Khas Gerhana:

Monday, December 5, 2011

::M>U>H>A>R>R>A>M::

1st week di rumah sewa...
Nasi lemak menu utama yg disediakan.hehehe...
My sister and her husband bertandang ke rumah ana..
Wah, bertambah2 nasi lemak di pinggan mereka..Suke3x.. :)

Esoknye, kepala terasa berat..
Rasa macam nak demam pun ada..
Tidur je sepanjang masa..
Minggu lepas baru je demam+batuk..
Rasanya dah makin baik..
Tapi tak tau lah kenapa terasa mcm nak demam lagi.huhu...
Mungkin musim agaknya..

Hari ni masih lagi di bulan Muharram..
9 dan 10 Muharram di sunatkan untuk berpuasa tau..
Jadi, bagi sesiapa yang tiada aral melintang, bolehlah
puasa hari Asyura (10 Muharram) dan Tasu'a (9 Muharram)

9 Muharram...
Dari Ibnu Abbas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan" (HR Muslim)

10 Muharram..
Dari Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari 'Asyura. Baginda menjawab, "(Puasa tersebut) menghapuskan dosa satu tahun yang lalu." (HR Muslim)

Jadi, selamat berpuasa.... (",)

Oh ye, ana juga nak ambil kesempatan nak ucapkan selamat hari lahir
bagi sesiapa sahaja yang lahir di bulan Muharram..
Adakah anda salah seorang daripadanya?
Jom2, check kat sini (download)


Friday, December 2, 2011

::Peta Hidup::

“Jika manusia tidak memandang atau memuliakan kita di dunia mungkin disebabkan kekurangan kita atau sebagainya, jangan ingat Allah pun tak pandang kita. Allah sentiasa memerhatikan kita. Mungkin kita lebih mulia di sisiNya.”

“Jangan ingat jika manusia tidak mempedulikan gerak geri atau apa sahaja yang kita lakukan walaupun kebaikan demi kebaikan kita lakukan, malaikat juga tidak mempedulikan kita. Ingatlah Malaikat sentiasa memerhatikan setiap gerak geri kita untuk dicatat di dalam buku amalan kita."

Pandangan Allah itu lebih penting. Carilah Redha Allah…Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Ingatlah tempatmu di akhirat. “Sedang kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.” (Al-A’laa:17)