Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Monday, November 30, 2009

::4 Golongan::



Rasulullah SAW berpesan tentang fitnah terbesar dari kaum wanita,"Tidak ada suatu fitnah(bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela -selepas kewafatanku terdapat kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpuncak daripada kaum wanita." (H.R. Bukhari,Muslim,Ahmad,at-Tirmizi, An-Nasa'i dan Ibn Majah)

Hai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan ahli (keluargamu) dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;..-Q.S.At-Tahrim(66:5)

Betapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja di dunia. Namun di akhirat pun demikian, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka dengan sungguh-sungguh. Seorang wanita itu apabila di yaumil alkhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.....


1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


2. Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalkan sholat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.


3. Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita akan dipikul oleh abang-abangnya. Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adik perempuannya di akhirat nanti.


4. Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila seseorang ibu membuat kemungkaran dan kemaksiatan kepada Allah, maka anak lelaki itu akan ikut di tanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Peringatan Illahi Dalam Hadith Qudsy


Allah SWT berfirman :

“Wahai manusia !!

Barang siapa berduka kerana persoalan dunia, maka ia hanya akan kian jauh dari Allah, kian nestapa di dunia dan semakin menderita di akhirat. Allah akan menjadikan hati orang tersebut dirundung duka selamanya, kebingungan yang tak berakhir, kepapaan yang berlarut-larut dan angan-angan yang selalu mengusik ketenangan hidupnya.

“Wahai manusia !!

Hari demi hari usiamu kian berkurang, sementara engkau tidak pernah menyedarinya. Setiap hari Aku datangkan rezeki kepadamu, sementara engkau tak pernah memuji-Ku. Dengan pemberian yang sedikit, engkau tidak pernah mahu berlapang dada. Dengan pemberian yang banyak, engkau tidak juga pernah merasa kenyang.

“Wahai manusia !!

Setiap hari Aku mendatangkan rezeki untukmu. Sementara setiap malam malaikat datang kepada-Ku dengan membawa catatan perbuatan kejimu. Engkau makan dengan lahap rezeki-Ku, namun engkau tak segan-segan pula berbuat durjana kepada-Ku. Kebaikan-Ku tak putus-putus mengalir untukmu. Namun sebaliknya, catatan perbuatan kejimu sampai kepada-Ku tiada henti.

Akulah pelindung terbaikmu. Sedangkan engkau hamba terjelek bagi-Ku.

Kau raup segala apa yang Ku-berikan untukmu. Ku-tutupi keburukan demi kemaksiatan yang kau perbuat secara terang-terangan.Aku sungguh sangat malu kepadamu, sementara engkau sedikitpun tak pernah merasa malu kepada-Ku.


Engkau melupakan diri-Ku dan mengingat yang lain.

Kepada manusia engkau merasa takut, sedangkan kepada-Ku engkau merasa aman-aman saja. Kepada manusia engkau takut dimarahi, tetapi pada murka-Ku engkau tak peduli“.

::10 Peringatan Sesama Insan::


Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang
serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

Bacalah al-Quran,tatapilah buku-buku ilmiah,pergilah ke
majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah
membuang dalam perkara yang tiada memberi faedah.

Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana
bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun
kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa
jua kebaikan.

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang
berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh
dalam setiap perkara.

Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang n
yaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti
hati orang.

Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap
melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui
dan berkasih-sayanglah sesama mukmin .

Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang
ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-
baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

::Tiang Agama::

Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w ditanya orang:”Solat malam yang bagaimanakah yang lebih baik? Jawab Rasulullah s.a.w,:” Yang lama berdirinya.”

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.”

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam,iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.Bagi mereka yang musafir,mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.


::Kunci Syurga::







Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah.....


Wednesday, November 25, 2009

SEBAGAI SEORANG MUSLIM SEJATI......












Sebagai seorang Muslim sejati, aku akan meyakini

bahawa aku berada dalam kebenaran.

Bagiku Islam dan iman adalah hidayah dan nikmat

yang telah Allah kurniakan kepadaku,kerananya

keyakinanku tidak mungkin bersifat tentatif.


Hanya dengan keyakinan seperti ini aku mampu

menyampaikan pesanan Tuhan dengan pasti


Kerana diperkuat dengan ilmu, keimananku terhadap

Allah, al-Qur’an dan Nabi Muhammad serta risalah yang

dibawanya tidak akan goyah meskipun terdapat tuduhan

ke atas ajaran Islam.


Setelah mendalami ilmu-ilmu Islam, aku mengerti bahwa

Iman bukan hanya suatu kepercayaan, tetapi merupakan

keyakinan di dalam lubuk hati, pernyataan melalui lisan

dan dibuktikan dengan perbuatan sebagai tanda berserah

diri kepada kehendak Yang Maha Esa.


Aku memahami Ibadah bukan hanya sekadar ritual dan

spiritual, tetapi sebagai penghambaan diri terhadap Allah swt

dalam segenap bidang kehidupan.


Sebagai seorang Muslim sejati, aku tunduk sepenuhnya

dengan perintah dan aturan yang diberikan oleh al-Qur'an

dan al-Sunnah yang datang daripada Allah.


bismillah...

"wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara

keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan,

sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagimu". (2:208)

::Perjuangan Hidup::












Dalam diri seorang pejuang, tiada masalah yang merumitkan,
ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan
itu semua dijadikan bau loncatan untuk lebih hebat..Mereka
tepu dengan dugaan, cuma sesekali air mata merembes
menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat seorang hamba..
Berdepan dengan 'belaian' Pencipta sebagai tanda ingatanNYA.

Pedih, sakit, pahit dan susah dalam memperjuangkan
agama Allah itu satu nikmat yang tak akan dapat dilupakan.
Islam itu indah dan berjuang di jalan itu tak pernah susah
bila hati diserahkan kepada Allah. Istiqomahlah dalam
kebaikan dan bermujahadahlah melawan hawa nafsu dan
bisikan syaitan kerana kita akan menghadapi ujian yang
lebih besar iaitu hari Qiamat..maka, lakukanlah segalanya
kerana cinta dan kasih kita kepada Allah...

Tuesday, November 24, 2009

::Jom Belajar Bahasa Kemboja::


Kenyong Ock Cheh = Saya tak tahu
Kenyong Ock Jol = Saya tak faham
Tenom Chen Deik = Saya nak tidur
Sok Sebai = Apa Khabar?
Therom = Sabar

Friday, November 20, 2009

::Wanita Solehah::

::Salam Ukhuwah::

















Pernah suatu ketika seorang sahabat memberitahu
Rasulullah SAW akan rasa sayangnya terhadap seorang
sahabatnya yang lain.Rasulullah pun bertanya semula,
apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang
rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum
berbuat demikian. Lantas Rasulullah pun berkata,"pergilah
kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya".
-hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim-



Indahnya ukhuwah ini, dikala alpa ada yang mengingati,
dikala tersilap ada yang menasihati,di dunia jasad dan
hatinya menemani, di kubur nanti pasti doanya mengiringi..