Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Saturday, December 26, 2009

::Besarnya Pahala Orang Yang Sabar::

Bismillah....(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Saidina Ali r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,"sabar itu ada tiga:-

Sabar terhadap musibah
Seseorang yang sabar dan tidak berasa marah terhadap musibah yang menimpanya dan dia menerima musibah itu dengan hati yang terbuka,maka Allah SWT memerintahkan malaikat mencatatkan baginya 300 darjat di Luh Mahfuz yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu adalah seperti langit dan bumi.

Sabar dalam ketaatan
Barangsiapa yang bersabar dalam mengerjakan ketaatan dan menanggung kesukaran ketaatan itu,maka Allah akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat dengan satu darjat yang lain seperti permukaan atas bumi hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

Sabar dalam menahan kemaksiatan
Barangsiapa bersabar dalam perkara maksiat yakni meninggalkan segala perbuatan maksiat maka Allah akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke arasy.Dan dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya.


Jadi,marilah kita sama-sama melatih diri untuk menjadi insan yang sabar supaya kita dikurniakan darjat yang terbaik di sisiNYA.Insya Allah.."Sabar itu separuh dari iman"

IMAN + PENDERITAAN + SABAR = SYURGA

Thursday, December 17, 2009

AHLAN WASAHLAN YA MUHARRAM...


1. 1 Muharam
-Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam
- Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan
dan kebenaran.

Peristiwa 10 Muharam:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada
di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

::Lailahaillallah::


Kunci Kebahagiaan Adalah Satu Kata,
Warisan Agama Adalah Satu Ungkapan,
Dan Panji Kemenangan Adalah Satu Kalimat,

Kata, Ungkapan, Dan Kalimat Itu Adalah LAILAHAILLALLAH.....

Rasulullah SAW bersabda,"Sesiapa yang mengucap Lailahaillallah yakni dengan iman yang teguh,maka sesungguhnya akan keluar dari mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud,dan ia terbang ke langit sehingga terdengar dengungannya di bawah arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh :'tenanglah,diamlah.' Maka burung itu berkata:'tidak,sebelum Allah mengampuni orang yang membacanya.' Maka Allah SWT pun mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah tersebut lalu burung itu diberi 70 lidah untuk membaca istigfar bagi orng yang membaca 'lailahaillallah' itu sehingga hari kiamat. Dan apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orng yang membaca kalimah tersebut dan mengiringinya masuk ke syurga."

Wednesday, December 9, 2009

::Musibah Yang Menimpa::

Musibah adalah salah satu dari bentuk kasih sayang Allah SWTkepada hambaNya yang masih mempunyai harapan untuk berubah ke arah kebaikan dan berkesempatan masuk ke syurgaNYA. Dan setiap musibah yang datang seharusnya disyukuri, kerana ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Apabila Allah menurunkan ujian, secara langsung mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya. Dia berkuasa menentukan segala yang diinginkan terhadap hamba-Nya. Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada setiap orang boleh ditarik pada bila-bila masa dengan pelbagai cara. Musibah adalah peringatan bagi manusia agar bermuhasabah diri kerana ujian mendorong perasaan insaf dan memperbanyakkan istighfar supaya tidak terus dalam kelalaian duniawi.

Kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Apa yang terjadi pasti tersimpan hikmah yang besar.Allah SWT akan memberi imbalan di akhirat kelak di atas setiap yang menimpa hambaNya di dunia, sekalipun hanya tertusuk duri. Mungkin musibah yang menimpa adalah merupakan kepada balasan atau kifarah ke atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Oleh itu, kita harus bersyukur kerana Allah SWT tidak menunda pembalasan dosa-dosa kita di akhirat kelak. Orang-orang yang dicintai oleh Allah SWT akan diberi musibah agar hatinya hancur, sehingga hidayah mudah meresap ke dalam hatinya.Hati yang keras ibarat batu tidak dapat ditembus oleh air, tetapi tanah yang lembut mudah menyerap air. Maka hati orang yang beriman akan lembut dengan musibah.

Sabda Rasulullah saw, "Apabila engkau melihat seseorang yang memperoleh kenikmatan dunia padahal dia sering melakukan kemaksiatan, maka ketahuilah bahawa itu adalah istidraj (Penundaan azab dari AllahSWT), seperti seseorang yang diberi seutas tali yang dengan tali itu dia dibiarkan menggantung dirinya sendiri".

Pengampunan dosa melalui musibah hanya jika kita menginsafi musibah itu, yakni menerima musibah dengan reda, sabar dan memohon keampunan kepada Allah. Allah suka mendengar pengharapan dan doa hamba-Nya. Mereka yang berasa keluh resah dan mempertikaikan musibah yang menimpa dirinya, maka tidak ada apa kebaikan diraih. Mereka itulah hamba yang benar-benar rugi di dunia dan akhirat. Ujian yang sepatutnya menaikkan darjat di sisi Allah tidak diduduki dengan baik.

Firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: “Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 156 dan 157)

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya.”(HR.Bukhari)


“Sesiapa yang dikehendaki Allah memperolehi kebaikan, mesti lebih dahulu mengalami musibah.”
(HR. Bukhari)

Sunday, December 6, 2009

::My Life::



Allah is my Lord
Islam is my life
Al-Qur'an is my guide
The sunnah is my practice
Jihad is my spirit
Righteousness is my character
Paradise is my goal....