Ya Allah..Ya Tuhanku..Tambahkanlah ilmuku dan kurniakanlah kefahaman kepadaku..
Kini bermulalah minggu 'study week' bagi kebanyakkan student universiti khususnya UTM..29 Mac 2010 until 4 April 2010!!Pada ketika ini,24 hours penggunaan elektrik di rata-rata kolej kediaman."MOOD STUDY".Seharian suntuk tidak tidur..Ada juga yang meletakkan notice "Plz don't disturb me" di pintu-pintu bilik..Ermm..macam-macam ragam pelajar dapat diperhatikan.
Buat sahabat-sahabatku dan seluruh pelajar IPT "Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan!!"Dan ingatlah satu perkara......
"Barangsiapa menuntut ilmu bukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT, tetapi dengan tujuan untuk mendapat habuan dunia semata-mata,maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat kelak."
Jadi marilah sama-sama kita memperbaharui niat kita,niat yang paling utama iaitu belajar kerana Allah SWT..Semoga kita mendapat kejayaan yang cemerlang seimbang dunia dan akhirat.Insya Allah..
Tapi..dalam kesibukan kita mengulangkaji pelajaran,janganlah sekali-kali kita mengabaikan atau
melengah-lengahkan SOLAT!! Sering kali kita mendengar, "Japlah,sikit je lagi ni.lagipun waktu solat masih panjang." Ya Allah,moga Engakau menjauhkan ungakapan tersebut dari diriku.
Amin..
"dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan (solat) itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin,bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." (2:45-46)
Berbalik kepada tajuk di atas,ia sebenarnya berkaitan dengan solat kita sehari-harian..Di mana ana ingin berkongsi serba sedikit mengenai kelebihan yang diperolehi oleh golongan yang menjaga solatnya..
Pada hari kiamat kelak,Allah SWT akan membangkitkan suatu umat dari kubur mereka dengan Wajah yang berseri-seri. Para malaikat bertanya kepada mereka,"Apakah amalan kamu sewaktu di dunia?" Mereka pun menjawab, "Jika mendengar suara azan kami terus bangun, bersuci dan tidak mengendahkan pekerjaan lain." Kemudian terdapat pula suatu umat yang dibangkitkan dengan Wajah seperti bulan purnama. Apabila ditanya,mereka menjawab,"kami selalu berwudhuk sebelum tiba waktu solat." Dan ada pula suatu umat yang lain yang mana Wajah mereka bercahaya seperti matahari. Para malaikat bertanya lalu mereka menjawab, "setiap kali azan berkumandang,kami sudah terlebih dahulu berada di dalam masjid."
Kita di golongan yang mana??sama-samalah renungkan...