Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Friday, March 25, 2011

::Mendekati Cinta::

Apa bezanya orang yang makan dengan gelojoh atau hanya kuyah beberapa kali dengan orang yang makan dengan penuh tertib atau mengikut sunnah Rasulullah iaitu kunyah sebanyak 40 kali?

Persamaa:: Kedua-duanya akan kenyang
Perbezaan:: Berbeza dari segi proses penghadaman.

Kita sedia maklum apabila kunyah 40x,makanan akan menjadi halus dan ini memudahkan proses penghadaman. Tetapi,untuk mengunyah sebanyak itu, ia mengambil masa yang lebih lama dan ini merupakan faktor untuk kita merasakan ianya suatu yang remeh dan susah.susah untuk mempraktikkannya. Namun begitu,kita pasti akan mengusahakan untuk mengamalkannya dalam kehidupan kita kerana manfaatnya terlalu besar terhadap kesihatan kita....

Begitu jugalah dengan CINTA dalam kehidupan kita.Kita tahu bahawa cinta Allah pasti membawa kebaikan dan kejayaan dalm hidup kita. Apabila kita cinta pada Allah, Allah akan jaga iman dan taqwa kita dalam setiap langkah perjalanan hidup di dunia ini.Dengan izinNya,berkat cinta kita kepada Allah, Allah akan pelihara diri kita daripada mudah tertarik pada keindahan fatamorgana. Kenapa kita mudah jatuh cinta pada manusia walaupun hanya dengan pandang pertama berbanding untuk jatuh cinta pada Allah?? Kerana cinta kita pada Allah masih belum sempurna sepenuhnya. Cinta manusia akan sempura setelah cinta kepada Allah melebihi segala-galanya. Untuk mendapatkan cinta Allah,perlukan pengorbanan dan kepayahan. Namun kita perlu berusaha dan teruskan berusaha untuk memperolehinya kerana banyak kebaikan yang menanti..Wallahualam.

7 comments:

  1. kawen la..kawen tu kan sunnah nabi

    ReplyDelete
  2. Betul3x..tadi dengat kat ikim,ustaz tu kate..
    'Bagi yang berpasangan sebelum kahwin,nikahlah, percepatkanlah kerana pernikahan akan menyempurnakan taqwa dalam kehidupan'

    ReplyDelete
  3. ha, ape tgu lg......kawan dh lame.....dh smpai mse nikah jela..lg dpt pahala

    ReplyDelete
  4. pahala ibadah mereka yang telah berkahwin berkali ganda lebih dari mereka yang bujang.. hehe

    ReplyDelete
  5. Insya Allah.doakan org tau agar d percepatan jodoh.hihi.“Apabila seorang berdoa bagi saudaranya tanpa pengetahuannya,berkatalah
    para Malaikat,bagi kamu seperti itu juga.” (Hadis Riwayat Muslim dan Termizi)

    ReplyDelete
  6. "Dan nikahilah org2 yang masih membujang di antara kamu,dan juga orang2 yg layak (menikah) dari hamba2 sahayamu yg laki2&perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dgn kurniaNya.Dan Allah Maha Luas (pemberianNy),Maha Mengetahui." (24:32)

    ReplyDelete