Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Thursday, September 22, 2011

::Dedikasi seorang sahabat buat sahabat::


Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi..Video di bawah ni adalah dedikasi buat ana daripada seorang insan yang bergelar sahabat sejati..miss you my dear,really miss our memories.thanks for the dedication..


"Aku bukanlah seorang sahabat yang baik, tapi aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat-sahabatku.Insyaallah."

Wednesday, September 21, 2011

::Konvo@UTM::

Insya Allah, hari sabtu ni 24 September 2011 ana akan menghadiri sekali lagi majlis konvokesyen UTM buat kali yang kedua. Semoga dipermudahkan urusan dan diharap segalanya berjalan dengan lancar. Ameen..

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda,"Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan sesuatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim. (HR Ibn Majah)

Semoga segala ilmu yang dituntut selama ini diberkati Allah dan bermanfaat buat semua. Insyaallah..

Tuesday, September 20, 2011

::5 vs 135::


Lepas bangun daripada sujud untuk duduk tahyat akhir, tiba2 ada seorang insan ni letakkan sebotol air mineral betul2 dekat sebelah ana. Mungkin niatnya untuk bersedekah. Ya Allah siapakah insan yang berhati mulia tu?Semoga Allah memurahkan rezekimu.---Lepas solat je dapat sebotol air mineral.Alhamdulillah..=)---

Kejadian tersebut membuatkan ana berfikir.........
Andai kata, setelah kita solat Allah terus memberi&menunjukkan ganjarannya pada kita.. Solat bersendirian pahalanya adalah 1, manakala solat berjemaah pahalanya adalah 27 kali ganda!!Dalam sehari ada 5 waktu solat fardhu. Sehari jika kita solat sendirian, pahalanya adalah (1x5=5). Dan jika kita solat berjemaah, pahala yang akan kita perolehi ialah (27x5=135).. Katakanlah, pahala tersebut diupamakan seperti duit. RM5 vs RM135 yang mana satu lebih bayak? Sudah pastilah RM135 kan. Lepas kita solat je, kita terus dapat RM135 dalam genggaman.Dalam sehari tak sampai pun sejam kita dah boleh dapat RM135! Subhanallah....Siapa yang taknak duit sebanyak tu kan. Pasti hari2 berikutnya kita tidak akan lepaskan peluang untuk memperolehnya lagi. Jadi, jom solat berjemaah..=)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda) [HR Bukhari dan Muslim]

Monday, September 19, 2011

::Maaf itu Indah::

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (3:133-134

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (2:263)

Tuesday, September 13, 2011

::Kehidupan::

Kehidupan ni memang sukar nak dijangka.Kadang-kadang buat kita gembira.Kadang-kadang tu pulak buat kita berduka. Ada kalanya apa yang kita harapkan tak tercapai, apa yang kita rancang tak terlaksana. Kita sering dengar, 'kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menetukan.' Betul tu! Siapalah kita. kita ni hanyalah manusia yang lemah, lemah juga dalam merancang kehidupan, Allah lah sehebat-hebat perancang. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Janganlah mudah untuk berputus asa. Ingat ye, rahmat Allah tu sangat luas.


Hidup ni perlukan pelbagai warna. Kalau dalam dunia ni hanya ada satu warna je mesti kita bosankan. Macam tu jugak dengan kehidupan kita sehari-harian. Cabaran, ujian, kegembiraan, kedukaan, dan .....an an yang lain la yang akan menjadikan hidup kita berwarna-warni. Yang pahit akan menjadi manis bila disentuh masa.....

"Dan carilah dari apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu kehidupan di akhirat dan janganlah kamu lupakan pula keperluan (nasib) kamu di dunia." (Al-Qasas:28)

Monday, September 12, 2011

::T.O.M.Y.A.M::

11/9/2011....
Dalam keadaan batuk yang masih belum beransur pulih dan badan yang masih panas, sempat lagi ana ke KLCC. Naik LRT dengan tambang RM1 semata-mata nak beli barang dapur. Teringin bebenau (org melaka kata) nak masak tomyam. Ana pergi dengan rumet. Kebetulan rumet ana ni penggemar tomyam. Tak sampai sejam membeli-belah, kami pun sampai di bilik dan teruskan operasi memasak. Jeng3x.....dan inilah hasilnya.(gambar ihsan dari google.com) alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak masak tomyam.. (",)

"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik...." (2:168)

Friday, September 9, 2011

::Alhamdulillah.Sakit..::


Sakit tekak?Batuk?Selsema?Demam?......
Time2 raya macam ni timbul pula rasa tak sihat. Kenapa ye? Ada yang kata mungkin sebab minum air batu banyak sangat. Mungkin jugak faktor cuaca. Walauapa pun penyebabnya, bersabarlah duhai diri. Sakit tu kan penghapus dosa. Jadi, berlapang dadalah menghadapinya. Alhamdulillah..

Maksud Hadis Qudsi: "Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa-dosa."

Nasihat demi nasihat di terima. Pergilah klinik. Sakit tu jangan dibiarkan. Jangan lupa makan ubat tau.

Rasulullah SAW bersabda,"Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit ia akan sembuh dengan izin Allah."

Buat semua di luar sana dan untuk diri ana terutamanya, hargailah kesihatan diri kerana kesihatan merupakan nikmat yang sangat berharga. Diri kita ni kan milik Allah. Jadi, menjaga kesihatan itu adalah amanah dari Allah buat kita semua. Jaga diri baik2 tau... ^_^

"Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku." (As-Shu'araa:80)