Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Monday, October 31, 2011

::Manfaatkan Hujung Minggu::



Alhamdulillah..Hujung minggu baru ni ana berkesempatan ke putrajaya sempena karnival BEST (Buat Elok Saja Tau) anjuran JAKIM. Dan ke KL Sentral; Expo Buku Islam. Dapat juga mengisi ruang2 yang ada di hujung minggu..

Jumaat (28/10/2011):

Pukul 6 petang baru saja ana nak melangkahkan kaki menuju ke stesyen LRT, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah ke bumi. Guruh berdentam-dentum, kilat sabung-menyabung. “Ya Allah, janganlah Engkau patahkan semangatku untuk ke taman syurgaMu. Permudahkanlah segala urusanku untuk menuntut ilmuMu.” Ana berdoa agar Allah masih memberi kesempatan kepada ana untuk menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam, “Cinta BEST” di dataran Putrajaya bersama sahabat ana di sekolah teknik dulu yang sudah 6 tahun tidak bertemu. Alhamdulillah..hujan beransur reda.LRT-Komuter…8.30malam ana pun sampai di stesyen Komuter UKM.Terima kasih sahabat “Aishah” yang sudi menjemput ana di sana..

Myvi putih meluncur di jalan dan akhirnya kami selamat sampai di Persint 2, Putrajaya. Alhamdulillah..Forum di sampaikan oleh 3 orang ahli panel iaitu Ustaz Don Daniyal (Tv AlHijrah), Ustaz Hariri Daud, dan Ummi Rose (Raudatus Sakinah).

Sabtu (29/10/2011)..

12.30 tengah hari, ana dan sahabat ana bertolak dari Kajang ke KL Sentral sempena Expo Buku Islam. Seronok sangat. Banyak sangat buku yang dijual terbitan Telaga Biru, PTS,….dan banyak lagi. Rasa macam nak borong banyak-banyak. Ana memang minat sangat dengan buku lebih-lebih lagi buku-buku islamik dan motivasi.Tak terasa rugi kalau beli banyak mana pun.hehehe…Pukul 3 petang, Ustaz Zahazan dijemput memberi sedikit pengisian di tapak expo.Banyak input yang diperoleh daripada pengisian yang diberikan selama 1 jam lebih.Alhamdulillah..

* Lepas ni kalau ada majlis-majlis ilmu lagi, jom kawan-kawan kita pakat pergi ramai-ramai =)

“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah Kepada Allah dan carilah (wasilah) jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." (5:35)

Monday, October 24, 2011

::Marilah Menuju Ampunan Allah::

Pernahkah kamu melakukan dosa?Setiap orang pasti akan memberikan jawapan yang sama.Jawapannya ialah, Ya/Pernah..Samada dilakukan secara sedar atau tak atau sengaja mahupun tidak disengajakan. Ayuh, bersegeralah menuju ampunan Allah SWT. Walaupun terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan, janganlah sekali-kali berputus asa dengan ampunan dari Yang Maha Esa. Sekalipun dosa kita sebanyak buih di lautan ataupun sebesar gunung, jika Allah berkehendak mengampuninya, maka hilanglah dosa tersebut..

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (4:110)


Dari anas RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman: "Wahai anak Adam, sepanjang engkau berdoa dan mengharap kepadaKu maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu maka Aku pasti akan mengampunimu. Wahai anak Adam seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan-kesalahan sebesar bumi kemudian engkau bertemu denganku dalam keadaan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatupun maka Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula." (Hadis Arbain no 42, hadis hasan shahih diriwayatkan oleh At Tirmidzi)

Moga dengan ampunan yang diperolehi, Rahmat dan Redha Illahi sentiasa mengiringi kehidupan kita semua. Moga syurgalah tempat pengakhiran kita nanti.Ameen Ya Allah...

Friday, October 21, 2011

::Mimpi?Impi?or Realiti?::

Bila bukak ikim, banyak berbicara tentang haji..
Bila bukak tV pun sama...
Seronoknya dengar kisah tentang haji..
Mak pun suka cerita pengalaman mak g haji dulu2..
Best sangat dengar pengalaman orang2 yang dah g haji..
Ni yang bertambah semangat nak turut serta ni..


Ya Allah, hambaMu ini teringin benar menjejakkan kaki di Tanah Suci Mu..
Permudahkanlah Ya Allah untuk hamba ke sana...
Datangkanlah satu2 sebab supaya suatu hari nanti hamba berkesempatan
juga menjadi tetamuMu Ya Allah..Inilah impian hamba Ya Illahi.Perkenankanlah
wahai Tuhan yang memperkenankan.Ameen..

Labbaik Allahumma Labbaik :
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintahMu Ya Allah

Labbaika la syarika laka labbaik :
Tiada sekutu bagiMu dan kami Insya Allah memenuhi panggilan Mu.

Inna al hamda wa an ni'mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milikMu dan tidak ada sekutu bagiMu

Apa yang ana mimpikan selama ini adalah apa yanga na impikan.Semoga impian ana akan menjadi realiti suatu hari nanti. Insya Allah...

Wednesday, October 12, 2011

::Khas buat Muslimah::

Dalam perjalanan ke tempat kerja, terdengar lagu ni kat radio ikim fm. Sampai je office terus search kat internet. Jadi, ana nak share video ni dengan kawan2 yang bergelar MUSLIMAH.. =)


Rasulullah SAW bersabda, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah." (HR Muslim)

Tuesday, October 4, 2011

::Lakaran Malam::

Semalam, susah betul nak melelapkan mata. Tak tau nak buat apa. Jadi ana pun ambillah terjemahan al-Quran dan cari doa2 yang terdapat di dalam al-Quran. Ana salin semula ayat-ayat tersebut beserta maksudnya. Insyaallah,lepas ni bolehlah ana amalkan doa2 yang terdapat di dalam Kalamullah.Alhamdulillah..semuanya ilham daripada Allah supaya ana dapat manfaatkan masa yang Allah anugerahkan..

"Ya Tuhanku,anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai;dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (27:19)

Lepas selesai menyalin, ana still tak dapat nak tidur lagi. pandang kiri tengok2 rumet dah tidur. Ermm...Paint!!Lakaran demi lakaran dibuat..tapi semuanya ana delete balik.last2 yang tinggal hanya..................