Assalamualaikum.Welcome to my blog and thanks for visiting.Enjoy your reading.May Allah Bless You.....

Sunday, July 31, 2011

::Maksud Bacaan Dalam Solat::


Diriwayatkan daripada abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab(dihitung) pada hari kiamat adalah solat..." (HR At-Tirmizi, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

Apakah solat yang kita lakukan sejak baligh sehingga ke hari ini diterima Allah? Pernahkah kita mengkoreksi diri sejauh mana kita khusyuk di dalam solat?Khusyuk merupakan salah satu syarat untuk solat itu diterima Allah. Bagi orang yang soleh dan solehah, mereka sangat mengambil berat tentang solat. Sekiranya pekerjaan seharian terganggu, perkara pertama yang akan dilakukan ialah memeriksa semula sejauh mana kekhusyukan mereka di dalam solat.

"Ukurlah dirimu dengan solat. Kalau ketika solat ternyata engkau tidak memikirkan segala sesuatu selain Allah, maka berbahagialah. Tetapi, jika tidak demikian, maka tangisilah dirimu setiap kali engkau menggerakkan kakimu menuju solat."-Ibnu 'Ataillah Askandari-

Allah berfirman, "Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya."(23:1-2)

Firman Allah lagi, "Maka celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya."(107:4-5)

Bagaimana cara untuk mencapai khusyuk dalam solat?
Antaranya ialah memahami setiap bacaan di dalam solat..Jom kita lihat maksud di sebalik setiap bacaan di dalam solat kita sehari-harian...


TAKBIRATUL IHRAM

Allah Maha Besar


DOA IFTITAH

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


AL-FATIHAH

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



RUKUK

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


IKTIDAL

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.. Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.


DOA QUNUT

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


SUJUD

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


TAHIYAT AWAL

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


TAHIYAT AKHIR

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


SALAM

Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah


Berusahalah untuk memahami maksud setiap bacaan dalam solat. Semoga ini dapat membantu kita mendapat kekusyukan di dalam solat agar solat kita tidak sia-sia. Insya Allah..

Friday, July 29, 2011

::A month of improving 'ibadah::

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,"Sekiranya umatku mengetahui akan kandungan yang di bawa bulan Ramadhan, maka semuanya akan berharap agar spanjang tahun adalah Ramadhan."

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Ahmad)

PELUANG KEEMASAN!!!
1 Fardhu = 70 Fardhu
1 Sunat = 1 Fardhu
1 malam = 1000 bulan

Berazamkah kita untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik?
Insya Allah, jom hidupkan dan persembahkan amal ibadah kita dengan penuh keikhlasan...

--SET A MISSION!TRY TO COMMIT IT TILL THE END OF RAMADHAN--

Thursday, July 28, 2011

::Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M::


MELAKA

JOHOR

PERAK

SARAWAK

SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

TERENGGANU

KELANTAN

SELANGOR

PAHANG

WILAYAH PERSEKUTUAN

WILAYAH PERSEKUTUAN

PERLIS

NEGERI SEMBILAN

KEDAH

PULAU PINANG

Sumber:JAKIM

Tuesday, July 26, 2011

::TakdirMu mempertemukan hati::

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:"Tiga perkara jangan kau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila sampai, dan bujang yang ditemukan sekufunya."

Hari ni ana dapat berita gembira daripada salah seorang sahabat ana.. Sahabat karib ana sejak di bangku sekolah menengah lagi.. Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu Melaka..inilah dialog di antara 2 orang sahabat:

Rasulullah SAW bersabda, "Wahai anak muda,berkahwinlah. Sesiapa yang mampu berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj (kehormatan). Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah di berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)."
(HR Al-Bukhari)

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja,lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu: "Wahai anak-anakku,jika kamu semua mempunyai keinginan untuk berkahwin,maka beritahulah kepadaku.Insya Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu.Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT mencabut iman mereka dari hatinya."

"Dan kahwinlah orang-orang bujang di antara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya.Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui."
(24:32)

Dipetik dari ustaz Hazrizal (Saifulislam)
[Ya,saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima.Saya berumah tangga kerana mahu memberi.Memberi kasih-sayang,memberi perhatian,memberi nafkah,memberi kebaikan.Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri,semuanya itu mengundang rasa syukur,walau sekecil mana sekalipun kebaikan itu. Dalam soal rumahtangga,janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna.Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidah expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan.Terimalah seseorang seadanya.Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai.]

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu yang mudah.Tahniah sahabat kerana berjaya menempuhnya.Moga dipermudahkan segala urusan.

Syukur pada Allah,takdirMu bakal mempertemukan hati yang mendambakan redhaMu Illahi..

::Yuk Sedekah::


Sudah berapa lama ye kita tidak bersedekah?

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata:Wahai Tuhanku!alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh." (Al-Munafiquun:10)

Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat dermawan terutama sekali pada bulan Ramadhan Baginda pernah bersabda yang bermaksud,"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." (HR At-Tirmidzi). Jadi sempena kedatangan Ramadhan kali ini,sekiranya selama ini kita kurang bersedekah ayuh sama2 kita perbanyakkan bersedekah pada bulan yang penuh barakah ini sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita terutamanya nikmat Islam..

Kelebihan bersedekah:

1) Perumpamaan sedekah menurut Al-Quran
"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti menanam sebutir biji dan biji itu menerbitkan 7 tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu membuahkan 100 biji buah.Allah akan menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui." (2:261)

2) Dipanjangkan umur dan mencegah dari ajal yg buruk
Sabda Rasulullah SAW,"Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Ta'ala akan menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." (HR Tabrani)

3) Menghindari dari bala bencana
Rasulullah SAW bersabda,"Bersegeralah kamu bersedekah kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah." (HR Al-Baihaqi)

Bersedekahlah kepada:
*Fakir miskin - 1 sedekah dibalas dengan 10x ganda
*Kaum keluarga dan sanak saudara - 1 sedekah dibals dengan 70x ganda
*Sahabat handai - 1 sedekah dibalas dengan 700x ganda
*Penuntut ilmu&org yang berjihad di jalan Allah - 1 sedekah dibalas dengan 1000x ganda

Cintailah amalan bersedekah dan lakukanlah apa sahaja amalan yang membawa kepada rahmat dan redha Allah kerana itulah jaminan untuk kita meraih syurgaNya.

Remember!What u give you'll get back!!even, more than that...

Thursday, July 14, 2011

::15 Sya'aban::


Ya Allah,sekejap je kan masa berlalu. Dah semakin hampir kita dengan Ramadhan. Tapi apa ye yang ada dengan bulan sebelum Ramadhan? Iaitu bulan Sya'aban......

Bila kita sebut je Nisfu Sya'aban,ana yakin semua orang tahu tapi bila ye tarikhnya?15 Sya'aban? Alhamdulillah, betul jawapan yang diberi. Ana tahu, anda semua adalah hamba-hambaNya yang sentiasa peka dengan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam. Tahniah... =) Di kesempatan ini ana nak ucapkan selamat menyambut nisfu sya'aban pada semua umat Islam. Jom kita lihat serba sedikit info tentang hari yang penuh kebesaran ini..

Malam nisfu sya'aban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a.:

Rasulullah SAW telah bangun pada malam (nisfu sya'aban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir baginda telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dalam sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu.Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri." Setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saidatina Aisyah r.a.," Malam ini adalah malam nisfu sya'aban. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah datang kepada hambanya pada malam nisfu sya'aban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristigfar, memberi rahmat ke atas mereka yang member rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."

Buku catatan amalan kita selama setahun di angkat ke langit pada hari Nisfu sya'aban yang mana akan digantikan dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dalam buku yang baru bermula sebaik sahaja masuknya waktu maghrib (maghrib 14 Sya'aban).

Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, aku bertanya, Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Sya'aban." Rasulullah bersabda, "Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rajab dan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku di angkat sedang aku berpuasa." (Riwayat An-Nasaie).

Jadi, jom kawan-kawan kita rebut peluang yang ada untuk kita tingkatkan lagi ibadah kita kepada Allah SWT selagi hayat kita masih ada. "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untukMu." Allahumma a'inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Amin....

* Jangan lupa ye 16 Sya'aban Birthday ana. Nak masuk 25 tahun dah..hihi.Buat adik ana juga, Nur Nasuha yang berkongsi birthday date yang sama, happy birthday too.. =)

Wednesday, July 13, 2011

::Number One!::

Aisyah melihat jam berwarna hijau yang tergantung di dinding kamarnya. Tik..Tik..Tik..bunyinya kedengaran memecah kesunyian pagi. Dilihatnya jam telah pun menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Aisyah terjaga daripada tidur di kala insan lain sedang asyik dilamun mimpi. Dalam keadaan mata yang terkebil-kebil menahan kemengantukan yang melanda, namun Aisyah gagahkan juga dirinya untuk bangkit seawal pagi itu. Ini semuanya kerana cinta! Rindunya semakin dalam....

Dengan lafaz bismillah diikuti dengan puji-pujian kepadaNya, Aisyah meleraikan selimut yang menjadi teman setia tidurnya di malam hari. Lantas dilangkahkan kakinya menuju ke suatu bilik yang sangat dingin suasananya. Errrggghhh.... Aisyah menggigil kesejukan. Namun,kesegaran mula dirasai. Syukur Alhamdulillah. Aisyah memanjatkan kesyukuran kepada Illahi. Anggota badannya telah berjaya disaluti dengan wudhu' di kala itu.



Usai sudah satu tugasannya. Kini, Aisyah melangkahkan pula kakinya ke suatu bilik yang tenang dan damai lantas membentangkan sehelai sejadah di lantai. Sejadah berwarna hijau itu membuatkan hatinya semakin tenang memandangnya. Dalam kesamaran sepertiga malam itu, Aisyah mengangkat takbir dengan penuh khusyuk. Di serahkan seluruh jiwa dan raganya hanya untukNya semata-mata demi cinta dan rindunya yang tidak berbelah bahagi. Engkaulah cinta yang pertama kami YA ALLAH!

Cinta lelaki/suami:
1) Cinta kepada Allah
2) Cinta kepada Rasul
3) Cinta kepada Ibu
4) Cinta kepada Ayah
5) Cinta kepada Isteri
Dan seterusnya.....

Cinta wanita/isteri:
1) Cinta kepada Allah
2) Cinta kepada Rasul
3) Cinta kepada Suami
Dan seterusnya.....

Walau siapa pun kita,walau siapapun yang kita cintai dan sayangi, pastikan cinta kepada Allah tetap NO 1! Cinta Allah itu mahal. Berusahalah meraih cintaNya. Dengan mencintai Allah, akan terbitlah cinta-cinta yang lain.

Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan harta, harta akan musnah.
Cintakan manusia, manusia akan mati.
Cintailah Allah kerana cinta Allah kekal abadi.

Monday, July 4, 2011

:Ta' Qaf Wau Ya::

Segala puji hanya untuk Allah... Syukur pada Allah kerana sehingga hari ni ana masih dimudahkan langkah oleh Allah untuk sama2 mengimarahkan surau yang berhampiran dengan tempat tinggal ana sekarang. Ke masjid yuk! ^_^

Seperti biasa,selepas maghrib pasti ada sahaja ceramah2 yang disampaikan di surau
ni. Kalau malam isnin,ilmu tajwid akan diajar,malam selasa pulak berkenaan dengan tauhid dan seterusnya....malam ni ialah malam selasa.Jadi ilmu tauhid dikongsikan bersama. Banyak yang dapat diambil daripada ceramah yang disampaikan.Tapi,disebabkan ana pening kepala,kurang sedikit tumpuan yang dapat di berikan. huhuhu.

Namun,ana tetap ingin kongsikan sesuatu.Apa yang dapat ana kongsikan ialah
berkenaan dengan pengertian taqwa. Kalau kita sebut sahaja pasal taqwa,apa yang terlintas di fikiran rakan2 semua?


Sebenarnya maksud taqwa terdapat dalam ejaan 'TAQWA' itu sendiri yang di eja dalam tulisan jawi.
Ta'
= Tawaduk (merendah diri)

Qaf
= Qana'ah (Kesederhanaan)

Wau
= Wara' (Berhati2@Berwspada)

Ya
= Yakin


Menurut Saidina Ali bin Abu Talib, takqwa ada 4 perkara:

1)
Takut sebenar2nya pada Allah yang Maha Agung

2)
Beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah yakni Al-Quran

3)
Redha atau berasa cukup dengan segala pemberian Allah walaupun sedikit

4)
Membuat persiapan untuk bekalan bertemu dengan Allah


Menurut Abdullah Bin Abbas r.a.
pula : Takwa ialah Allah hendaklah ditaati,
jangan dimaksiati, Dia hendaklah diingati selalu, jangan dilupakan, dan nikmatNya hendaklah disyukuri, jangan dikufuri.

Ayuh kawan2 tingkatkanlah ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

"....Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah maha Melihat apa yang
kamu kerjakan." (2:233)

Dan jika kita bertaqwa kepadaNya, pertolongan Allah sentiasa dekat dengan kita
baik di dunia mahupun di akhirat.
"..Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia menjadikan kemudahan
baginya dalam urusannya." (65:4)

Wallahualam...

Saturday, July 2, 2011

::2 - 2 = 0::

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman tersendiri yang menyebabkan hati menjadi duka. Tidak kiralah ianya berlaku semalam, kelmarin, seminggu atau sebulan yang lepas, atau mungkin bertahun2 yang lalu.Apakah sebenarnya yang menyebabkan kita berduka hati?Cuba kenali puncanya..Pagi tadi,ana ada mendengar pengisian rohani di tv3 dalam rancangan Hidayah yang di sampaikan oleh seorang ustaz.Ustaz tersebut membahagikan punca bersedih kepada 2 bahagian- luaran dan dalaman. Secara genaralnya perasaan sedih hadir disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan diri sendiri. Apa yang dimaksudkan di sini ialah sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang ada pada diri/ membanding2kan kekurangan diri sendiri dengan orang lain. Selain itu, penyebabnya ialah disebabkan oleh perbuatan pihak lain terhadap diri kita. Ini menyebabkan kita berasa diri kita tidak dihargai..

Setelah kita mengenali punca mengapa kita bersedih, kita kenali pula tindakan yang boleh kita ambil untuk mengatasi kesedihan yang dialami.Di sini ana akan kongsikan 1 resepi untuk meleraikan kesedihan dalam diri.Antaranya ialah:
1) Melupakan masa lalu atau perkara2 yang pernah berlaku dalam diri kita yang
membawa kepada kesan negative.
2) Menyibukkan diri dengan perkara2 yang berfaedah

3) Menerbitkan rasa syukur atas segala yang diperolehi

4) Melancong atau membawa diri ke tempat selain tempat yang biasa kita duduki.

2-2=0
Ini sebenarnya adalah formula yang perlu kita ambil perhatian..


2 yang pertama ialah 2 perkara yang perlu kita ingat:

- Perkara baik yang orang pernah buat pada kita

- Perkara buruk yang pernah kita buat pada orang


2 yang seterusnya ialah 2 perkara yang tak perlu kita ingat:

- Perkara baik yang kita pernah buat pada orang

- Perkara buruk yang orang pernah buat pada kita

Jadi, jika kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-harian, Insya Allah kita pasti akan menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan hidup sentiasa dalam ketenangan. Janganlah kita bersedih andai tidak mendapat nikmat dunia kerana dunia ini ibarat seteguk air, sepotong roti, dan bayang-bayang..